HomeSukanDua pasukan TABS B12, B10 juara Liga Suparimau 2023 siri 2

Dua pasukan TABS B12, B10 juara Liga Suparimau 2023 siri 2

Read Time:1 Minute, 36 Second

Kota Kinabalu : Dua pasukan mewakili Tunas Akademi Bola Sepak (TABS) Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) masing-masing bagi kategori bawah 12 (B12)  dan 10 tahun (B10) berjaya dinobatkan sebagai juara Liga Suparimau 2023 siri kedua yang berlangsung di Padang Sintetik di sini pagi tadi.

TABS B12 mengekalkan rekod tanpa kalah dengan mengutip 16 mata keseluruhan menerusi lima kemenangan dan seri sekali diikuti Sekolah Kebangsaan (SK) Likas menduduki naib juara dengan mengumpul 13 mata.

Manakala DF Sabah yang mengutip empat mata sepanjang liga memenangi tempat ketiga.

TABS B10 pula menjuarai kategori B10  walaupun terpaksa mencatat keputusan seri 2-2 dalam perlawanan terakhir menentang SK Likas pagi tadi. 

Pasukan tersebut turut cemerlang mengekalkan rekod tanpa kalah menerusi lima kemenangan sebelum ini dan seri sekali.

Kedua-dua pasukan akan menerima piala dan medal minggu hadapan.

Timbalan Pengerusi TABS SAFA Bandaraya, Lokman Sunggim menyifatkan kejayaan itu satu usaha keras para jurulatih dan pegawai pasukan masing-masing di samping kesungguhan pemain-pemain beraksi dengan baik sepanjang liga.

Katanya, mereka telah membuktikannya dalam setiap perlawanan yang dihadapi dan ternyata ia telah membuahkan hasil.

“Harapan saya, semua pemain-pemain ini terus berlatih bagi meningkatkan kualiti permainan agar mereka mampu pergi lebih jauh dalam sukan bola sepak. 

“Mereka ini masih terlalu muda dan memerlukan bimbingan daripada jurulatih dari semasa ke semasa agar bakat mereka terus dapat dikembangkan lagi,” katanya ketika ditemui selepas menyaksikan perlawanan terakhir kedua-dua pasukan tersebut.

Beliau juga berharap ibu bapa terus memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak mereka kerana ia penting untuk mengembangkan lagi bakat mereka selain bimbingan dan khidmat nasihat daripada jurulatih.

Katanya, pihak pengurusan TABS juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada pemain-pemain tersebut yang telah terpilih untuk mewakili sekolah masing-masing dalam Kejohanan bola sepak MSSD B12 tahun.

“Kita dimaklumkan ramai yang terpilih untuk sekolah malah mewakili pasukan MSSDD daerah dan ini perkembangan yang sangat baik dan kita ucapkan tahniah kepada mereka,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah FC sasar kemenangan pertama di Kelantan esok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular