HomeIsu tempatanKV Keningau Anjur Kelas Induk Kerjaya dikendalikan guru dari Kanada

KV Keningau Anjur Kelas Induk Kerjaya dikendalikan guru dari Kanada

Read Time:1 Minute, 18 Second

KENINGAU: Kolej Vokasional Keningau telah berjaya menganjur kelas induk berkenaan dengan kerjaya khususnya bagi graduan jurusan vokasional yang dikendalikan oleh seorang guru dari Kanada, Mark Reid, melalui aplikasi Google Meet pada 7 Julai lalu.

Sesi tersebut yang berlangsung selama sejam dihadiri oleh hampir 200 peserta dan kebanyakannya adalah guru-guru sekolah seluruh Malaysia.

Pengarah kolej itu, Christine Stanislaus Kinsik berkata, Kelas Induk Kerjaya ini bertujuan untuk memperkembangkan perspektif para peserta berkenaan dengan kerjaya sebagai kemenjadian seseorang dan bukan setakat pekerjaan semata-mata.

Katanya, semasa kelas itu, Mark menjelaskan beberapa faktor yang penting seperti sikap, kebolehan, kemahiran insaniah, kemahiran bahasa dan pengetahuan komuniti yang perlu diambil kira dalam menempah kerjaya yang sesuai dengan persekitaran, personaliti dan kelayakan seseorang individu.

“Beliau mengambil contoh dirinya sebagai seorang graduan bidang muzik dan bagaimana dia meneroka pelbagai bidang kerjaya sebelum mengambil keputusan untuk menjadi guru muzik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Christine, Kelas Induk Kerjaya ini adalah salah satu aktiviti pengantarabangsaan kolej itu yang dilaksanakan hampir setiap bulan dengan menjemput guru dari luar negara untuk mengendalikan sesi pembelajaran selama sejam dalam talian.

“Selain daripada aktiviti ini, kelas pertukaran budaya dan sesi meja bulat secara dalam talian juga turut dilaksanakan sebagai aktiviti utama usaha melaksanakan pembelajaran yang merentas budaya dan benua,” ujarnya.

Sehubungan dengan itu, Christine turut meluahkan rasa gembira dengan usaha konsisten warga kolej itu untuk meluaskan akses kepada peluang pembelajaran melalui perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang membolehkan mereka berinteraksi dengan guru-guru berpengalaman dari negara-negara lain.

Rakaman kelas induk itu boleh diakses melalui pautan ini: https://youtu.be/aUsVmCX8_5o

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PKK Biz @ Akademia catat lebih RM20,000 nilai jualan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular