HomeIsu tempatanAngelie Tee dinobat tokoh Kesetiausahaan 2023

Angelie Tee dinobat tokoh Kesetiausahaan 2023

Read Time:1 Minute, 0 Second

Kota Kinabalu : Pesara kerajaan, Angelie Tee Giok Bee berjaya dinobatkan sebagai Tokoh Kesetiausahaan 2023 pada Majlis Anugerah Minggu Setiausaha Perkhidmatan Awam (MSPA) Negeri Sabah di sini, semalam. 

Angelie yang sebelum ini pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada 2004 dan 2017 serta Pingat Bintang Seri Kinabalu (BSK) pada tahun 2019.

Beliau telah berkhidmat selama 41 tahun dan bersara wajib pada tahun 2020 dengan jawatan terakhir sebagai Penolong Pegawai Tadbir di Kementerian Kewangan Negeri Sabah.

Anugerah itu disampaikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong. 

Dalam ucapannya, Safar berharap pengiktirafan tersebut menjadi pendorong kecemerlangan kepada semua penjawat awam negeri khususnya golongan setiausaha.

Menurut beliau, dalam membentuk para setiausaha yang profesional, individu tersebut perlu mempunyai karakter unggul serta boleh berfikir menjangkau pengetahuan dan teknologi sedia ada bagi mencari idea-idea kreatif untuk meningkatkan mutu kerja.

Dalam majlis berkenaan, turut disampaikan empat kategori anugerah kepada lapan penerima antaranya Anugerah Setiausaha Harapan kepada dua penerima, Ramlah Sidin dan Lucia Goni dan Anugerah Jasa Kesetiausahaan disandang oleh Saulim Gautum.

Manakala, Anugerah Setiausaha Cemerlang diberikan kepada empat penerima, Klimintina Roman, Riani Soh, Rosni Leong serta Suhaini Jamil yang masing-masing menerima sijil penghargaan, plak dan jambangan bunga.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PKK Biz @ Akademia catat lebih RM20,000 nilai jualan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular