HomeUtamaHajiji serah 344 geran tanah kepada penduduk dari 34 kampung

Hajiji serah 344 geran tanah kepada penduduk dari 34 kampung

Read Time:1 Minute, 1 Second

SUKAU: Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Tanah dan Ukur Negeri menyerahkan sebanyak 344 Geran Tanah Anak Negeri kepada penduduk tempatan dari 34 kampung di kawasan Sukau.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan geran-geran tanah itu melibatkan jumlah keluasan sebanyak 722.5 hektar (1,785.4 ekar) pada Majlis Himpunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Sukau/Lamag di Dataran Pekan Sukau, Kinabatangan pada Sabtu.

Antara kampung-kampung terlibat ialah Kampung Sukau sebanyak 26 geran tanah, Kg. Sg Teneggang- (49 geran tanah), Kg. Bukit Garam (24 geran tanah), Kg. Sg Takala (22 geran tanah), Kg. Usaha Jaya (51 geran tanah) dan Kg. Sinar Jaya (30 geran tanah).

Daripada 344 geran tanah itu, sebanyak 141 adalah geran tanah hasil daripada Program Perkhidmatan Tanah Anak Negeri Sabah (PANTAS) dan 203 geran dari proses permohonan tanah biasa.

Sementara itu, Hajiji turut menyerahkan Warta Tanah Rizab Kediaman Anak Negeri Kampung Litang, Sukau seluas 82.3 hektar (203.4 ekar) daripada Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur, Datuk Bernard Liew kepada Pegawain Daerah Kinabatangan, Abdul Manap Abd.Ruhim.

Bercakap kepada pemberita, Hajiji berkata kira-kira 8000 geran tanah telah tersedia dan penyerahannya kepada rakyat akan dilakukan oleh beliau semasa lawatan ke daerah-daerah dan oleh Wakil-Wakil Rakyat Kerajaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Yayasan PETRONAS agih 500 bakul makanan sempena Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular