HomeIsu tempatanPJKA ILKKM anjur Projek Promosi Kesihatan di Kg Petagas 22 Julai ini

PJKA ILKKM anjur Projek Promosi Kesihatan di Kg Petagas 22 Julai ini

Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Pelatih Jururawat Kesihatan Awam (Ambilan Mac 2023), Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) akan menganjurkan Projek Promosi Kesihatan bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Petagas, Putatan pada 22 Julai ini.

Promosi Kesihatan yang bertajuk “Memperkukuh Pengetahuan Dan memberi Kesedaran Mengenai Kepentingan Pap Smear Di kalangan Wanita di Kg Petagas” itu bermula dari jam 8 pagi hingga jam 12 tengahari.

Pihak penganjur PJKA Hasnizah Abdul Rahman berkata, tujuan Projek Pendidikan Kesihatan ini diadakan adalah untuk memperkukuh pengetahuan kepada masyarakat tentang pentingnya melakukan pemeriksaan pap smear di kalangan wanita.

“Membangkitkan kesedaran kepada para wanita, ibu dan ahli keluarga untuk mengubah sikap dan tingkahlaku berkaitan kesihatan.

“Dan mengurangkan kadar kematian dan komplikasi ibu mengandung dan bayi dan kanak-kanak di kawasan operasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sempena program berkenaan termasuklah senaman aerobik, ceramah kesihatan dari Pegawai perubatan KK Putatan, ceramah “SCAMMER” dari Pegawai Bank Rakyat, saringan kesihatan, saringan Pap smear / HPV DNA, pemeriksaan payudara, derma darah, cabutan tiket bertuah dan pameran dari pelbagai agensi.

Sehubungan dengan itu, Hasnizah mengalu-alukan orang ramai supaya hadir untuk memeriahkan program tersebut.

“Disamping itu golongan wanita juga boleh melakukan ujian saringan Pap Smear / HPV DNA yang sedang dijalankan di Klinik Desa Petagas dan Klinik Kesihatan Putatan pada waktu bekerja,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PKK Biz @ Akademia catat lebih RM20,000 nilai jualan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular