HomeUtamaAkademi Al-Quran dan Tarannum mampu lahirkan Qari, Qariah bermutu tinggi

Akademi Al-Quran dan Tarannum mampu lahirkan Qari, Qariah bermutu tinggi

Read Time:52 Second

Beaufort : Pelaksanaan Akademi Al-Quran dan Tarannum mampu melahirkan Qari dan Qariah yang bermutu tinggi dalam bacaan Al-Quran.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, ini sekaligus dapat mempersiapkan diri para Qari dan Qariah bertanding diperingkat yang lebih tinggi.

“Seramai 40 pelajar dari pelbagai peringkat umur akan menyertai akademi ini yang turut dibimbing oleh para guru yang berpengalaman.

“Ini adalah yang julung-julung kali dianjurkan, sudah tentu biro agama Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan ini ada paradikmanya untuk memperhebatkan mutu bacaan.

“Sudah pasti juga ini adalah usaha mereka agar dapat melahirkan Qari dan Qariah yang mempunyai mutu bacaan yang diharapkan bagi dipertandingkan diperingkat daerah dan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Program Akademi Al-Quran dan Tarannum peringkat Zon Gadong di Masjid Kampung Lago di sini semalam.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, program itu dijangka akan diperluaskan ke zon lain di daerah ini.

Katanya, ia adalah bagi membuat persiapan dan pemilihan Qari dan Qariah terbaik untuk ke pertandingan peringkat daerah. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

25 pendaki sertai ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu Coalition Duchenne kali ke-12

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular