HomeIsu tempatanVideo tular 2 individu pecah masuk restoran dan curi tabung

Video tular 2 individu pecah masuk restoran dan curi tabung

Read Time:45 Second

BEAUFORT: Satu video tular di media sosial aksi dua individu memecah masuk sebuah restoran dan dipercayai turut membawa lari tabung persendirian kedai dan tabung milik madrasah dalam kejadian di Kampung Bingkul dekat sini pada malam Isnin lalu.

Kegiatan dua individu terbabit telah dirakam menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebelum ditularkan di media sosial menerusi satu video berdurasi dua minit lima saat di laman Facebook menyatakan pemilik restoran sedang menjejaki dua suspek berkenaan.

Pada Selasa (11 Julai), tular satu video memaparkan dua individu dipercayai sedang menyelongkar barang dalam restoran berkenaan sebelum melarikan diri dengan memegang objek yang dipercayai tabung persendirian pemilik restoran. Turut dilarikan tabung milik madrasah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Ismail Abdullah berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan daripada pemilik premis berkenaan.

“Bagaimanapun, pegawai sudah ke lokasi kejadian dan sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan kemudian,” katanya ketika dihubungi pemberita petang tadi.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Cubaan tangkap ikan guna bahan letupan berjaya digagalkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular