HomeUtamaBincang isu pengangkutan kenderaan perdagangan Sabah dan Sarawak - LPKP

Bincang isu pengangkutan kenderaan perdagangan Sabah dan Sarawak – LPKP

Read Time:33 Second

KUCHING : Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan LPKP Sarawak mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Dasar-Dasar LPKP Sabah dan LPKP Sarawak bertempat di Bilik Mesyuarat, LPKP Sarawak semalam (11 Julai).

Pengarah LPKP Sabah, Dairin Unsir (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Pengarah LPKP Sarawak, Masitah Annuar.

Tujuan mesyuarat adalah bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan pengangkutan kenderaan perdagangan di kedua negeri dan seterusnya menyelaras dasar-dasar serta peraturan sedia ada.

Antara yang dibincangkan adalah pelaksanaan peraturan kewajiban memasang alat Sistem Penentukedudukan Sejagat (Global Positioning System – GPS) di kenderaan perdagangan serta cadangan penyelarasan fi bagi permohonan lesen.

Mesyuarat dipengerusikan bersama oleh Pengarah LPKP Sabah, Dairin Unsir serta Pengarah LPKP Sarawak, Masitah Annuar.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah FC juara Piala SMJ 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya