HomePendapatPengurusan Kewangan Negara: Ketelusan & Akauntabiliti

Pengurusan Kewangan Negara: Ketelusan & Akauntabiliti

Read Time:5 Minute, 10 Second

Oleh — Wan Azrain Adnan

1.        Pada pertengahan Jun 2023, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan pelantikan Ketua Audit Negara yang baru. Ketua Audit Negara merupakan salah satu jawatan paling kanan di dalam pentadbiran negara. Untuk memastikan Ketua Audit Negara dapat menjalankan tugas dengan bebas dan berkesan, perihal berkaitan jawatan tersebut termaktub di dalam Perlembagaan Negara. Ketua Audit Negara di lantik oleh YDP Agong, selepas rundingan dengan Majlis Raja-Raja. Malah Ketua Audit Negara hanya boleh di pecat di atas alasan serta proses seperti pemecatan seorang Hakim Mahkamah Persekutuan.

2.        Tanggungjawab utama Ketua Audit Negara ialah untuk meneliti pengurusan serta perbelanjaan kewangan oleh kementerian dan jabatan kerajaan. Ini penting untuk menilai serta melaporkan samada perbelanjaan dana awam di buat mengikut prosedur dan amalan tadbir urus sediada, seterusnya mencapai objektif yang di tentukan.

3.        Justeru itu, setiap tahun, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) senantiasa menjadi perhatian umum apabila di kemukakan dan di bahaskan di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

4.        Pada Februari 2023, di dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri 2, Ketua Audit Negara telah menimbulkan isu ventilator yang di bekalkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) oleh Pharmaniaga, di antara tahun 2020 dan 2022.

5.        Dalam tempoh tersebut, sebanyak 136 unit ventilator telah di bekalkan. Tetapi hanya 28 unit boleh digunakan, manakala 108 unit tidak sesuai dan selamat untuk di gunakan. Daripada jumlah 108 unit tersebut, hanya 15 unit dapat di kembalikan untuk di ganti. Selebihnya (93 unit) tidak dapat di kembalikan kerana tiada perjanjian di tandatangani dengan Pharmaniaga kerana pembelian tersebut di lakukan di bawah ‘tatacara perolehan darurat’ ketika pandemik Covid-19. Ini telah menyebabkan anggaran kerugian sebanyak RM 13.07 juta.

6.        Walaupun jumlah ini kecil berbanding dengan jumlah keseluruhan bajet tahunan kerajaan, namun ianya tidak boleh di pandang remeh. Setiap sen dana awam mesti di belanjakan secara berhemah untuk mencapai tujuan perbelanjaan tersebut. Sebarang ketirisan yang berlaku sudah pasti akan melemahkan penyampaian khidmat awam kepada rakyat, dan merencatkan pembangunan negara.

7.        Pada akhir Jun 2023, media melaporkan Menteri Kesihatan telah memaklumkan di dalam jawapan bertulis di Dewan Negara bahawa tiada kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia di kenakan tindakan berhubung isu ventilator tersebut. Ini kerana perolehan ventilator tersebut telah mengikut prosedur Kementerian Kewangan Malaysia.

8.        Kenyataan tersebut mendukacitakan. Jangan begitu mudah berselindung di sebalik ‘tatacara perolehan darurat’ untuk mengelakkan akauntabiliti. Kerugian sudah berlaku. Di manakah salah dan silap nya? Siapakah yang bertanggungjawab? Persoalan-persoalan ini mesti di jawab kerana akhirnya rakyat yang menderita serta menanggung kerugian – menderita kerana tidak dapat menikmati kemudahan peralatan perubatan yang berfungsi baik, dan rugi kerana dana awam telah di belanjakan dengan tidak berhemah.

9.        Sudah tiba masanya, demi meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti pengurusan dana awam, sidang Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di siarkan secara langsung kepada orang ramai, sebagaimana Persidangan Dewan Rakyat. Dengan itu, rakyat dapat mendengar sendiri penjelasan yang di berikan kepada PAC oleh kepimpinan tertinggi kementerian dan jabatan kerajaan mengenai sebarang isu yang di timbulkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara.

10.      Beberapa hari yang lalu, media melaporkan bahawa Pharmaniaga telah di berikan kontrak baru oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan logistik bekalan perubatan selama 7 tahun. Walaupun tiada nilai kontrak yang di umumkan, sudah pasti ianya berjumlah jutaan ringgit. Kontrak ini di berikan walaupun Pharmaniaga sedang mengalami masalah kewangan.

11.      Sejak Februari 2023, Pharmaniaga telah menjadi sebuah syarikat berstatus PN17 bi bawah peraturan Bursa Malaysia. Secara ringkasnya, PN17 bermaksud syarikat berkenaan sedang menghadapi masalah, berdasarkan beberapa kriteria seperti – dana pemegang saham syarikat kurang daripada 25% daripada jumlah modal berbayar syarikat, dan syarikat tidak mempunyai perniagaan ataupun operasi yang signifikan.

12.      Pharmaniaga telah di klasifikasikan sebagai syarikat PN 17 apabila telah mengumumkan kerugian bersih sebanyak RM 607.32 juta untuk tahun kewangan 2022. Ini berpunca daripada stok vaksin Covid-19 yang tinggi yang masih di miliki oleh Pharmaniaga berjumlah RM 552.3 juta. Situasi ini terjadi berikutan permintaan rendah untuk vaksin Covid-19 daripada Kerajaan Malaysia.

13.      Pharmaniaga adalah sebuah syarikat di bawah Kumpulan Boustead, iaitu sebuah konglomerat yang di miliki oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Menurut laman sesawang LTAT: LTAT adalah sebuah badan berkanun kerajaan yang menyediakan kemudahan skim simpanan persaraan untuk pegawai dan anggota lain-lain pangkat Angkatan Tentera Malaysia serta anggota kerahan sukarela.

14.      Kejayaan atau kegagalan perniagaan Pharmaniaga sudah pasti akan memberi kesan kepada LTAT, dan seterusnya kepada simpanan persaraan ribuan ahli LTAT. Justeru itu, Pharmaniaga terus di bantu menerusi pemberian kontrak kerajaan agar dapat memberi pulangan yang setimpal kepada LTAT. Apabila LTAT mencatat keuntungan, maka ahli LTAT dapat menikmati dividen dan bonus yang sewajarnya.

15.      Adakalanya kerajaan mengambil pendekatan ‘too big to fail’ dan ‘too important to fail’ untuk membantu syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Pharmaniaga. Malah Menteri Pertahanan di laporkan berkata ‘over my dead body first’ mengenai usaha oleh pihak tertentu untuk mengambil-alih Pharmaniaga pada harga yang murah.

16.      Pendekatan serupa juga di ambil oleh kerajaan terhadap sebuah lagi syarikat di bawah Kumpulan Boustead, iaitu Boustead Naval Shipyard, yang terlibat dengan skandal pembinaan Kapal Tempur Pesisir/ Littoral Combat Ship (LCS). Pada Mei 2023, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa Boustead Naval Shipyard akan di ambil alih sebagai syarikat di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Skandal LCS ini mula di ketahui selepas pembentangan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2019 Siri 1.

17.      Pendekatan sebegini di lihat seumpama ‘bailout’, namun ianya penting untuk mengelakkan kesan negatif kepada rakyat dan ekonomi negara. Walaubagaimanapun, pendekatan ini tidak boleh menjadi amalan biasa kerajaan kerana ianya akan melemahkan kewangan negara.             

18.      Amalan slogan kerajaan ‘Bersih, Cekap dan Amanah’ mesti di perhebatkan dengan mengutamakan ketelusan dan akauntabiliti.

RELATED ARTICLES
Pendapat

Isu Tekanan, Keseimbangan Gender Serta Bebanan Tugas Terus Menghantui Warga Pendidik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular