HomeUtamaChe Engku Suhaimi Pengarah Maritim Malaysia Sabah, Labuan baharu

Che Engku Suhaimi Pengarah Maritim Malaysia Sabah, Labuan baharu

Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Mantan Ketua Staf Bahagian Operasi Laut, Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Laksamana Pertama Maritim Che Engku Suhaimi Che Engku Daik telah dilantik sebagai Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang baharu berkuatkuasa 10 Julai lalu.

Pelantikan Che Engku Suhaimi bagi
menggantikan Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah
yang kini mengisi jawatan sebagai Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya.

Majlis Serah Terima Tugas berkenaan telah disaksikan oleh Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim di Ibu Pejabat Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan
di sini hari ini.

Saiful Lizan dalam ucapannya berkata, momentum yang telah
dihasilkan oleh pengarah sebelum ini perlu diteruskan.

Justeru beliau berharap agar Laksamana Pertama Maritim Che Engku Suhaimi dapat meneruskan pencapaian cemerlang Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sekaligus membawa organisasi ini ke peringkat yang lebih tinggi serta terus komited dan bersiap siaga dalam apa jua keadaan.

“Maritim Malaysia Sabah dan
Wilayah Persekutuan Labuan mempunyai cabaran besar berikutan Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan terletak pada kawasan geografi yang istimewa berbanding negeri-negeri lain dengan jumlah 492 pulau pada keluasan 84,003 kilometer persegi sepanjang persisir pantai 1,440 kilometer termasuk ESSCOM,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau turut berharap Laksamana Pertama Maritim Che Engku Suhaimi yang kini menerajui Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan memantapkan lagi operasi agensi ini dalam usaha memastikan keselamatan perairan negara khususnya perairan negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan
Labuan aman serta terkawal.

RELATED ARTICLES
Utama

KUSKOP tawar pembiayaan pengajian kepada pelajar Palestin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular