HomeIsu tempatanMayat janin bayi dijumpai di loji kumbahan

Mayat janin bayi dijumpai di loji kumbahan

Read Time:1 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU: Mayat janin bayi masih bertali pusat dijumpai di loji kumbahan berhampiran sebuah apartment di Inanam dekat sini pada pagi Isnin (17 Julai).

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisoner Mohd Zaidi Abdullah berkata, pada 9.45 pagi semalam, Balai Polis Inanam telah menerima panggilan telefon daripada orang awam mengatakan telah menjumpai satu janin bayi di loji kumbahan berhampiran sebuah apartment di Inanam dan laporan di buat sebagai maklumat pertama.

Katanya, pada hari sama, jam lebih kurang 9.30 pagi seorang pekerja pembersih kumbahan telah ke loji kumbahan yang berada di dalam kawasan perumahan sebuah apartment. Penama membuka pintu pagar yang berkunci, penama terus ke loji kumbahan bagi tujuan pembersihan dan ketika melihat ke dalam sangkar perangkap sampah terlihat satu objek dan awalnya menyangkakan anak patung selepas sangkar dinaikkan sedikit ke atas dapati objek tersebut adalah satu janin bayi.

Lokasi mayat janin bayi dijumpai. -Foto ihsan IPD KK

“Penama mengangkat sangkar naik ke atas kerana arus air kumbahan agak laju dan mengeluarkan janin kerana bimbang janin tersebut akan di hanyutkan arus. Penama telah memaklumkan hal tersebut kepada penyelia dan telah menghubungi pihak Polis memaklumkan hal kejadian,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, pihak pasukan jabatan kecemasan Hospital Wanita dan kanak-kanak Sabah telah membuat pemeriksaan awal dan mengesahkan bahawa bayi tersebut telah meninggal.

“Keadaan mayat bayi masih bersama tali pusat dan doktor tidak dapat memastikan jantina bayi tersebut dengan tepat dan jantina berkemungkinan adalah lelaki.

“Pihak Forensik D10 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah menjalankan pemeriksaan terhadap mayat bayi tersebut. Ukuran tinggi lebih kurang 18 sentimeter. Mayat masih bertali pusat. Mayat lengkap anggota badan dan jantina berkemungkinan adalah lelaki,” katanya.

Mohd Zaidi berkata, mayat bayi telah dihantar ke unit forensik Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE 1) untuk dijalankan bedah siasat selepas keputusan swab Covid-19 diperolehi.

Katanya, orang awam yang mempunyai maklumat tentang kes ini diminta supaya menghubungi Inspektor Hatikah Ahmad 0168337243 Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Kota Kinabalu. Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Remaja reka cerita ‘diculik’ kerana enggan hadiri kelas mengaji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya