HomeUtamaSekolah Tahfiz, Madrasah diminta daftar secara sah, pastikan keperluan terjaga

Sekolah Tahfiz, Madrasah diminta daftar secara sah, pastikan keperluan terjaga

Read Time:1 Minute, 23 Second

Kota Kinabalu : Semua sekolah agama tahfiz dan madrasah yang belum mendaftar secara sah khususnya di negeri ini diminta agar mendaftar melalui Jabatan Hal Ehwal Agam Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ia bertujuan bagi mengenal pasti keperluan yang ada termasuk penyaluran bantuan disediakan Kerajaan.

“Kita ada jawatankuasa khas di MUIS dan JHEAINS selain kita mempunyai unit tahfiz yang mana sebahagian daripada tahfiz di negeri ini sudah didaftarkan lebih 20 buah dan sebahagian lagi dalam proses.

“Justeru kita meminta mana-mana sekolah tahfiz atau madrasah yang belum berdaftar atau mendaftar pada kita melalui JHEAINS dan MUIS.  Apabila berdaftar kita boleh mengenal pasti keperluan mereka termasuk bantuan yang disediakan Kerajaan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penyampaiam Bantuan Pendidikan dan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Negeri Sabah Tahun 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa (SICC) di sini hari ini.

Arifin berkata, sekolah tahfiz dan madrasah yang belum berdaftar juga diminta untuk merujuk kepada Pegawai Tadbir Agama (PTA) di daerah masing-masing atau terus ke ibu pejabat JHEAINS dan MUIS.

Katanya, lawatan ke daerah-daerah juga akan turut dilaksanakan bagi melawat beberapa Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah-sekolah tahfiz dan madrasah terlibat.

“Kita juga akan buat lawatan ke daerah-daerah dimana saya akan melawat PPD dan tahfiz serta madrasah terlibat bagi memastikan kita mendapat maklumat berhubung masalah yang dihadapi.

“Kita berbangga pada tahun ini anak kita yang belajar tahfiz di Tawau telah mendapat johan dalam pertandingan hafazan peringkat Kebangsaan 1 hingga 30 juzuk.  Ini sejarah bagi kita dan ini menandakan kita juga terbaik sama seperti tahfiz di Semenanjung,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pusat Hiburan Di Kuala Lumpur terbakar, dipercayai dikhianat dengan bom petrol

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular