HomeSukanEmpat pemain Sabah wakili negara dalam kejohanan 4 penjuru Piala Cabaran Artalive

Empat pemain Sabah wakili negara dalam kejohanan 4 penjuru Piala Cabaran Artalive

Read Time:53 Second

Kota Kinabalu: Empat pemain Sabah telah dipilih mewakili negara dalam kejohanan Bola Sepak Amputee Piala Cabaran Artalive.

Antara yang terpilih ialah penjaga gol Fatnee Sardun, Nating Lendeh, Philixe Maruol dan Louis Simon.

Pemain yang terpilih kini bersama senior negara bagi membuat persiapan menghadapi kejohanan yang akan berlangsung di EV Arena Shah Alam di Selangor bermula esok sehingga Ahad ini.

Ketua jurulatih pasukan Sabah Mohd Asyraaf Fong Abdullah berkata, pemilihan kuartet itu adalah merupakan satu rangsangan besar kepada sukan itu di negeri ini.

“Mereka dipilih selepas mengambil bahagian dalam kejohanan peringkat kebangsaan bulan lalu. Ia juga kali pertama Sabah membentuk pasukan dan mengambil bahagian dalam kejohanan itu.

“Saya harap mereka akan cuba memperjuangkan tempat dalam pasukan utama dan memberikan yang terbaik dalam kejohanan itu,” katanya kepada Sabah Media di sini semalam.

Selain itu, beliau berkata, para pemain juga berpeluang menimba pengalaman dan pendedahan untuk menjadi pemain bola sepak yang lebih baik.

Sebanyak empat pasukan akan berentap bagi merebut kejuaraan dalam kejohanan itu antaranya skuad senior dan bawah 23 negara serta Indonesia bawah 23 dan Bangladesh. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah FC catat keputusan seri di laman sendiri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular