HomeSukanMSN Sabah diharap terus bantu tingkat martabat sukan negeri

MSN Sabah diharap terus bantu tingkat martabat sukan negeri

Read Time:1 Minute, 11 Second

Kota Kinabalu : Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah terus meletakkan harapan yang tinggi kepada Majlis Sukan Negara (MSN) Sabah sebagai cabang pelaksana dasar sukan khususnya di negeri ini.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, ini adalah bagi membantu Kerajaan negeri mengangkat martabat sukan Sabah bukan sahaja di peringkat Kebangsaan malah turut diangkat di persada antarabangsa.

“Pihak kementerian juga akan terus terus menyokong segala keperluan MSN Sabah, selain menerima dan memperhalusi cadangan serta idea untuk meningkatkan lagi perancangan dasar sukan negeri.

“Sejajar itu, marilah kita berganding bahu, mengukuhkan lagi keupayaan Kementerian ini sejajar dengan arus pembangunan sukan moden yang mana bukan sahaja menitik beratkan perancangan jitu serta pelaksaan rapi dan efisien tetapi juga penggunaan sains sukan yang mana telah berkali-kali dan tidak pernah terlepas saya tekankan setiap kali berucap,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Simposium Pemantapan Sukan PARA negeri di sini kelmarin.

Ellron berkata, di era serba moden dan canggih ini, penggunaan sains sukan telah terbukti keberkesanannya.

Justeru beliau memohon kepada semua jurulatih untuk mengambil perhatian serius perkara tersebut.

“Percayalah, tanpa penggunaan sains sukan, atlet-atlet kita akan ketinggalan jauh dan tidak mampu bersaing di peringkat antarabangsa,” katanya.

Terdahulu, program yang dilaksanakan selama dua hari itu adalah melibatkan seramai 160 peserta terdiri daripada jurulatih, para pegawai dari KBS, Majlis Sukan, Jabatan Belia dan Sukan, Lembaga Sukan, PESRON, Jabatan Pendidikan, UiTM, UMS serta  atlet-atlet PARA. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

VAR tidak berfungsi musnahkan impian skuad Badak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular