HomeIsu tempatanNelayan hilang, dipercayai dibaham buaya

Nelayan hilang, dipercayai dibaham buaya

Read Time:48 Second

TAWAU: Seorang nelayan dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya semasa turun ke bot pada jam 4 pagi dalam kejadian di Kampung Sungai Mas – Mas Nasib Kita dekat sini pada Rabu (19 Julai).

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, sebaik menerima panggilan daripada Balai Polis Tawau, makluman mangsa dibaham buaya di Kampung Mas-Mas Nasib Kita Tawau, sepasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, menurut laporan pengadu yang juga adik mangsa memaklumkan abangnya Addi Bangsa, 60, dipercayai dibaham buaya semasa turun ke bot berseorangan sekitar jam 4 pagi semalam (17 Julai).

“Pasukan bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bersama agensi bantuan polis menggunakan bot dengan kaedah ‘Surface Searching’ dengan radius pencarian 3 kilometer di sepanjang muara sungai berkenaan.

“Setakat ini mangsa masih belum ditemui. Operasi ditangguhkan pada jam 6 petang tadi dan akan disambung pada esok hari (21 Julai). Maklumat terkini akan dikemaskini dari masa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Charles, Jessie dan Ain juara Sugandoi Kaamatan Bandaraya KK

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular