HomeUtamaFaiezah menang cabutan tiket bertuah Perodua Axia

Faiezah menang cabutan tiket bertuah Perodua Axia

Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Pengurus Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM) Niah Suai Berhad Miri, Sarawak, Faiezah Junaidi, diumumkan pemenang hadiah utama cabutan tiket bertuah berupa sebuah kereta Perodua Axia.

Acara cabutan tiket bertuah itu sempena Hari Koperasi Negara 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah ( SICC) di sini hari ini (22 Julai).

Hadiah disampaikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor diiringi Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

Faiezah berusia 30 tahun berasal dari Kuching, Sarawak itu berkata, kali pertama memenangi hadiah sebesar itu dan dia juga tidak menyangka menjadi orang yang sangat bertuah memenangi hadiah utama cabutan tiket bertuah tersebut.

“Pertama kali menang besar, saya kata pagi tadi kalau ada rezeki dapat kereta Axia ini, saya akan memandu dari Sabah ke Sarawak bawa Axia,” katanya ketika ditemui pemberita dengan tawa bercampur tangis kegembiraan.

Menurut Faiezah, dia bercadang akan menjadikan kereta tersebut sebagai kereta sewa di Miri.

“Kereta ini, saya nak buat untuk bisnes kereta sewa di Miri, setakat ini saya ada menyewakan kereta jenis Axia dan Yariz, untuk tambah pendapatan… Alhamdulillah,” ujarnya.

Beliau turut berterima kasih kepada pihak KPSM Keningau Berhad yang menaja hadiah utama sempena Hari Koperasi Negara itu.

Sementara itu, Pengerusi KPSM Keningau Berhad Datuk Justin Guka berkata, hadiah utama Cabutan Tiket Bertuah itu adalah tajaan dari pihak KPSM Keningau Berhad iaitu sebuah kereta Perodua Axia Rahmah bernilai RM22,700, tidak termasuk cukai jalan dan insuran.

KPSM Niah Suai Berhad Miri, Sarawak dan KPSM Keningau Berhad merupakan antara koperasi terbaik di Malaysia yang hadir ke program berkenaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah tuan rumah ATE 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular