HomeIsu tempatanBangunan 'Food Court' pertama di Sook beri keselesaan kepada peniaga

Bangunan ‘Food Court’ pertama di Sook beri keselesaan kepada peniaga

Read Time:1 Minute, 7 Second

Sook : Bangunan ‘Food Court’ pertama di daerah kecil Sook bakal memberi keselesaan kepada para peniaga makanan dan minuman untuk terus meningkatkan lagi tahap ekonomi masing-masing.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, pembinaan bangunan itu juga merupakan salah satu hasrat beliau dalam memastikan tahap ekonomi penduduk sentiasa terjamin.

“Ini adalah hasrat utama saya dimana saya ingin membantu para peniaga-peniaga kecil khususnya mereka yang mengusahakan perniagaan makanan dan minuman.

“Sudah pasti mereka tidak terkecuali untuk mendapatkan kemudahan seperti ini dimana saya ingin melihat dan mahu tahap ekonomi mereka terus terjaga,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas merasmikan bangunan berkenaan di Pekan Sook di sini baru-baru ini.

Ellron yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook berkata, bangunan berkenaan juga akan ditambah dari semasa ke semasa bagi menampung keperluan peniaga lain khususnya mereka yang belum memiliki gerai sendiri.

“Kita juga sedang mengambil kira akan keperluan para peniaga setempat, oleh yang demikian, saya sempat berbincang dengan pihak Majlis Daerah mengenai bangunan yang sedia ada ini akan ditambah dari semasa ke semasa untuk menampung keperluan peniaga dan pelanggan,” katanya.

Terdahulu, Ellron sempat menyerahkan 200 helai baju kepada Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Bumiputera Daerah Kecil Sook (PPPKBS).

Dalam majlis berkenaan juga beliau sempat mencabut dua nama daripada empat penama yang bakal menjadi pemilik gerai di Food Court tersebut. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

1,500 pengunjung meriahkan sambutan raya Pusat Alumni UMS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya