HomeIsu tempatanPegawai polis maut dalam kemalangan jalan raya

Pegawai polis maut dalam kemalangan jalan raya

Read Time:59 Second

SANDAKAN: Seorang pegawai polis maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Taman Indah Jaya 5, Batu 4 dekat sini awal pagi Sabtu (22 Julai).

Mangsa yang maut dikenali sebagai Inspektor Mohamad Ikhlas Rosmi berusia 30 tahun, bertugas di Markas Operasi, Pasukan Polis Marin, Sandakan.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, hasil siasatan awal pihak polis mendapati, kejadian kira-kira jam 4.10 pagi tadi, kenderaan jenis Mitsubishi Lancer yang dipandu mangsa dari arah pusat bandar ke rumahnya di Taman Indah Jaya, secara tiba-tiba telah hilang kawalan lalu terbabas dan termasuk ke dalam longkang di lokasi kejadian.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Abdul Fuad berkata, kes disiasat dibawah Sek 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengenalpasti punca sebenar kemalangan.

Sementara itu, sepasukan bomba turut berada di lokasi kejadian untuk membantu mengeluarkan mangsa dengan peralatan khas.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan, dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.57 pagi.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

EU komited bantu Sabah atasi isu keselamatan, tenaga

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya