HomeUtamaSabah dicadang perkenal anugerah koperasi terbaik negeri

Sabah dicadang perkenal anugerah koperasi terbaik negeri

Read Time:1 Minute, 8 Second

Kota Kinabalu : Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mencadangkan satu kerjasama dengan Kerajaan Sabah bagi memperkenalkan anugerah koperasi terbaik di negeri ini pada tahun hadapan.

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, ia adalah sebagai salah satu galakkan selain usaha bagi memajukan lagi gerakan koperasi negeri Sabah.

“Diperingkat Kebangsaan, kita telah memberikan anugerah kepada koperasi terbaik dan saya telah mencadangkan kepada Ketua Menteri untuk diadakan anugerah daripada pelbagai katgeori untuk peringkat negeri Sabah pada tahun depan.

“Sudah tentu ini adalah sebagai satu galakkan dan insentif kita kepada koperasi-koperasi di Sabah yang terbaik dan dapat mempromosikan lagi gerakan koperasi dikalangan rakyat negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Sambutan Hari Koperasi Negara (HKN) 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Majlis sambutan dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan turut dihadiri Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Phoong Jin Zhe dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahim.

Ewon berkata, Sabah kini telah mempunyai sebanyak 1,707 buah koperasi dan ianya telah banyak mencatat kejayaan kepada gerakan koperasi yang ditubuhkan.

“Seperti mana dalam ucapan tadi, sebanyak empat buah koperasi di Sabah telah tersenarai sebagai antara yang terbaik daripada 100 buah koperasi di seluruh negara.

“Ketua Menteri juga telah mengambil maklum dan positif berhubung cadangan berkenaan dan sudah tentu saya akan terus mengingatkan dan berbincang dengan beliau mengenai perkara berkaitan,” katanya. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Utama

2 Anggota Polis Ulu Tiram Terbunuh, Penyerang Ditembak Mati

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular