HomeUtamaHASiL meterai Memorandum Persefahaman dengan Labuan FSA, Perbadanan Labuan dan DBKK

HASiL meterai Memorandum Persefahaman dengan Labuan FSA, Perbadanan Labuan dan DBKK

Read Time:2 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) dengan Labuan Financial Services Authority (Labuan FSA), Perbadanan Labuan (PL) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah dimeterai dengan jayanya di Hotel Le Meridien di sini pada Khamis (27 Julai).

Menerusi satu kenyataan media oleh HASiL hari ini, MoU berkenaan telah disempurnakan oleh pengurusan tertinggi agensi-agensi yang terlibat iaitu Datuk Dr. Mohd Nizom Sairi (Ketua Pegawai Eksekutif HASiL), Senator Tan Sri Anifah Aman (Pengerusi PL), Nik Mohamed Din Nik Musa (Ketua Pengarah Labuan FSA) dan Datuk Norliza Awang Alip
(Mayor DBKK).

Majlis Penandatanganan MoU ini telah melakar sejarah baharu kerana buat julung kalinya MoU dimeterai antara HASiL dengan tiga agensi dalam majlis yang sama bagi menjalin kerjasama dalam aspek perkongsian maklumat ke arah meningkatkan keberkesanan pentadbiran cukai berdasarkan fungsi masing-masing, sekali gus meningkatkan pematuhan kepada perundangan percukaian negara.

Menerusi kerjasama ini, tumpuan akan diberikan kepada padanan data dan perkongsian maklumat syarikat, perniagaan atau individu terkini yang terdapat dalam rekod Labuan
FSA, PL serta DBKK.

Ia juga melibatkan pemberian nombor fail cukai pendapatan oleh HASiL bagi setiap permohonan pendaftaran lesen perniagaan (trading licence) dalam
Borang Pendaftaran Perniagaan di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang melibatkan pemohon individu dan syarikat.

HASiL akan memastikan setiap pendaftaran perniagaan di PBT yang di bawah seliaan PL, Labuan FSA dan DBKK akan mempunyai nombor
rujukan cukai bagi tujuan kawalan dan pemantauan percukaian perniagaan.

Mengulas lanjut tentang inisiatif ini, Datuk Dr. Mohd Nizom Sairi menjelaskan bahawa MoU ini merupakan strategi serampang dua mata dalam mengurangkan ketirisan
cukai di samping meningkatkan kesedaran orang awam selaras dengan pendekatan kesedaran (Awareness), pendidikan (Education) dan perkhidmatan (Services) atau
ringkasnya A.E.S yang dilaksanakan HASiL pada masa kini.

Turut hadir dalam majlis yang bersejarah itu ialah Dato’ Che Nazli Jaapar, Setiausaha Bahagian Cukai Kementerian Kewangan Malaysia, Rithuan Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, YBhg. Datuk Dr. Sotimin Muhalip, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar), Datuk Abu Tariq Jamaluddin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) merangkap Authority Members Labuan FSA, Hisham Rusli, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), Datuk Hajam Lajah Alam, Pengarah Negeri HASiL Sabah,
Jaffree Ismail, Pengarah Pembangunan Perniagaan & Inovasi Labuan FSA, Fadzilah Mahmud, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perbandaran) PL, Junainah Abbie, Ketua Pengarah DBKK, Rosnah Datu Tumai, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pengurusan DBKK serta
pegawai-pegawai kanan dari agensi-agensi tersebut.

Kata kenyataan itu, diharap dengan pelaksanaan MoU ini, peranan HASiL, Labuan FSA, PL dan DBKK akan menjadi lebih rancak dalam meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam seterusnya menyumbang kepada kelestarian hasil negara.

RELATED ARTICLES
Utama

Mangsa samun ditetak, patah tulang, luka lengan kanan dan kiri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya