HomeUtamaGuna pesawat UAV perhebat kawalan keselamatan Sabah 

Guna pesawat UAV perhebat kawalan keselamatan Sabah 

Read Time:1 Minute, 39 Second

Kota Kinabalu : Penggunaan pesawat udara tanpa pemandu atau ‘unmanned aerial vehicle’ (UAV) perlu diperkasakan bagi memantapkan lagi penubuhan dan peranan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah  (ESSCOM).

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia bagi memastikan penubuhan ESSCOM selaku peneraju keselamatan dalam mengkordinasi pengoperasian kawalan keselamatan di Zon Selamat Sabah Timur (ESSZone) dapat dioptimumkan terutama dari segi keupayaan dan kesiapsiagaan pasukan keselamatan. 

Katanya,  kawasan ESSZone meliputi 10 daerah yang bermula dari Kudat hingga ke Sandakan dan keadaan ini amat mencabar.  

“Justeru, penggunaan UAV ini bukan sahaja akan mengurangkan risiko keselamatan kepada anggota pasukan keselamatan yang bertugas tetapi juga meningkatkan domain udara khususnya dalam melaksanakan pengawasan di kawasan pantai timur Sabah dan lebih berorientasikan pengguna akhir.

“Penggunaan aset dan teknologi baharu seperti UAV akan memperhebatkan lagi kawalan keselamatan di Sabah khususnya di ESSZone,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Malam Penghargaan Media ESSCOM Tahun 2023 di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir. 

Hajiji yang juga Pengerusi Jawatankuasa ESSZone dan bertanggungjawab kepada ESSCOM berkata, ini juga akan membantu memperkukuhkan lagi kawalan keselamatan di sempadan dan perairan negara bagi menangani sebarang keadaan atau isu yang tidak diingini.

Katanya, atas dasar keprihatinan Kerajaan Perpaduan terhadap kebajikan petugas ESSCOM, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM40 juta bagi meningkatkan infrastruktur dan fasiliti kuarters petugas ESSCOM di Lahad Datu.  

“Terima kasih kepada Perdana Menteri atas keprihatinan dan semoga inisiatif ini akan menambahkan lagi semangat petugas di Esscom untuk memberikan yang terbaik dalam mempertahankan kedaulatan negara,” katanya.

Mengulas kes tuntutan Sulu, beliau berkata, keputusan oleh Mahkamah Tinggi The Hague yang memihak kepada Malaysia merupakan kemenangan besar kepada kerajaan Malaysia amnya dan Sabah khasnya.  

Hajiji menegaskan, ini membuktikan bahawa kerajaan Malaysia tidak pernah berhenti berusaha melindungi kedaulatan, keselamatan dan kepentingan negara. 

“Demikian juga kerajaan negeri Sabah, tidak akan pernah membenarkan mana-mana pihak yang cuba mencabul hak dan kedaulatan negeri Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Tiada kompromi 40 peratus, pertahankan hak perlembagaan Negeri Sabah – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular