HomeUtamaDidik masyarakat melalui penulisan berita untuk terus cintakan negara

Didik masyarakat melalui penulisan berita untuk terus cintakan negara

Read Time:1 Minute, 20 Second

Kota Kinabalu : Semua pengamal media digesa agar terus mendidik masyarakat melalui penulisan berita untuk menjadi warga yang cintakan negara serta memiliki jati diri yang tinggi khususnya dalam mempertahankan kedaulatan negara, lebih-lebih lagi khas untuk negeri Sabah. 

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, tiada siapa boleh menafikan kepentingan peranan pihak media dalam mendidik masyarakat melalui penulisan di media massa. 

“Kata pepatah ‘mata pena lebih tajam daripada mata pedang’ amat signifikan kerana melalui penulisan, media dapat mengubah pemikiran masyarakat. 

“Malah kekuatan mata pena boleh menentukan jatuh bangun sesebuah negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Malam Penghargaan Media ESSCOM Tahun 2023 di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir. 

Hajiji berkata, janji Kerajaan Perpaduan dalam memberikan kebebasan media adalah suatu impian yang sedang dilaksanakan. 

Katanya, cadangan pemansuhan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan serta penyemakan semula Akta Anti Berita Tidak Benar dan Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia menjadi cerminan kepada komitmen dan keseriusan kerajaan mewujudkan persekitaran media yang bebas menyalur maklumat berwibawa kepada rakyat dan kerajaan.  

Tambahnya, banyak perkara yang perlu ditimbang tara sebelum merealisasikan impian ini terutama ledakan maklumat akibat kemajuan teknologi mengubah cara dan budaya pemikiran anak-anak muda kita.  

“Kita tidak mahu maklumat-maklumat yang tidak benar mempengaruhi anak-anak muda kita. Justeru, untuk menangani masalah ini negara memerlukan satu sistem yang mengawal selia kandungan media supaya hanya maklumat yang berkredibiliti, tepat dan dipercayai sahaja sampai kepada anak-anak muda ini. 

“Semoga impian kebebasan media ini akan dapat direalisasikan pada masa hadapan,” katanya. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Utama

CIS serah zakat perniagaan RM100,000

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya