HomeUtamaJawatankuasa khas Kabinet ditubuh untuk tingkatkan tahap sara diri

Jawatankuasa khas Kabinet ditubuh untuk tingkatkan tahap sara diri

Read Time:2 Minute, 34 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri telah menubuhkan satu jawatankuasa khas Kabinet bagi menangani isu Tahap Sara Diri atau SSL (Self Suffencincy Level) di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata jawatankuasa khas itu akan diketuai oleh Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri (MAFFI).

“Saya berbangga dengan usaha gigih MAFFI dan agensi-agensi dibawahnya serta agensi-agensi Kerajaan Persekutuan yang telah mengembleng tenaga bersatu padu menjayakan matlamat meningkatkan SSL pengeluaran semua jenis bahan makanan di negeri ini.

“Antara isu yang dikenalpasti, berkaitan dengan keluasan kawasan sawah yang
semakin kurang kerana telah digunakan menjadi kawasan pembangunan perumahan dan kedai komersial. Bagi menangani isu ini, kerajaan telah meneroka kawasan penanaman padi baharu di Trusan Sapi, Daerah Beluran seluas kira-kira 2,000 ekar.

“Ia dimajukan secara bersepadu oleh MAFFI dan agensinya iaitu Korporasi Pembangunan Desa (KPD), Jabatan Pertanian, Jabatan Pengairan dan Saliran dengan penglibatan pihak sektor swasta serta penduduk Trusan Sapi sebagai peserta penanaman padi,” katanya ketika merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri Sabah 2023 di Wisma Pertanian di sini pada Khamis.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri I yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri, Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan.

Ketua Menteri berkata, semua usaha yang diambil kerajaan ini bagi menjamin bekalan makanan yang mencukupi dan menghasilkan lebih banyak produk pertanian bernilai tinggi untuk tujuan komersial yang berupaya merangsang pertumbuhan sektor berkenaan.

“Sektor pertanian, perikanan dan penternakan mempunyai potensi yang sangat besar untuk terus dibangunkan di negeri ini.

“Penekanan adalah kepada aktiviti-aktiviti rantaian nilai secara menyeluruh iaitu peningkatan pengeluaran, pengumpulan hasil, pemprosesan dan pemasaran yang lebih sistematik serta penggunaan teknologi terkini untuk menjamin bekalan makanan yang mencukupi dan perluasan pasaran eksport ke luar negara,” katanya.

Sehubungan itu beliau berkata, bagi subsektor tanaman, sebanyak RM115.39 juta
diperuntukkan kepada Jabatan Pertanian untuk meningkatkan pengeluaran pelbagai
hasil tanaman, bagi menjana pendapatan golongan petani daripada RM2,000 kepada
RM4,000 sebulan.

“Usaha kerajaan untuk membantu golongan sasar B40 dan miskin tegar akan diteruskan menerusi Korporasi Pembangunan Desa (KPD) dengan peruntukan berjumlah RM20.28 juta. Seramai 2,015 peserta akan menerima manfaat daripada pelaksanaan pelbagai program ternakan dan tanaman.

“Di samping itu, KPD Smart System telahpun dibangun dan akan digunakan di pusat- pusat pengumpulan hasil tani KPD. Dalam subsektor perikanan pula, kerajaan negeri menerusi Jabatan Perikanan, Ko-Nelayan dan SAFMA antaranya, akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menjamin sumber bekalan perikanan yang mencukupi di negeri ini.

“Antaranya, menggalakkan nelayan muda mengusahakan ternakan ikan dalam sangkar, pengkulturan rumpai laut, termasuk meneroka industri hiliran pemprosesan hasil perikanan dengan mengeluarkan produk seperti Keropok Amplang,” katanya.

Beliau berkata sejumlah RM46.09 juta diperuntukkan kepada Jabatan Perikanan, pada tahun ini, bagi meneruskan pelbagai program jaminan pengeluaran hasil perikanan mampan untuk menampung pasaran dalam negara dan antarabangsa.

“Manakala bagi sektor ternakan, Sabah masih mengimport daging lembu, daging kambing, produk tenusu, produk ayam dan telur. Bagaimanapun, usaha giat sedang dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah melalui Projek Memperkasa
Industri Ruminan Sabah yang bernilai RM50 juta.

“Jabatan ini juga menjalin kerjasama dengan beberapa GLC melalui projek seperti Projek Integrasi Ternakan di Bawah Kelapa Sawit (PINTAR), Projek Ternakan Kambing dan Program Transformasi Ternakan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya