HomeUtamaPBRS sokong usaha Kerajaan Perpaduan kukuhkan ekonomi rakyat

PBRS sokong usaha Kerajaan Perpaduan kukuhkan ekonomi rakyat

Read Time:2 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menyokong usaha Kerajaan Perpaduan untuk mengukuhkan ekonomi rakyat setiap golongan masyarakat baik di Semenanjung, Sabah dan Sarawak melalui inisiatif kerangka Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden PBRS merangkap Ahli Parlimen Pensiangan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, kerangka ekonomi tersebut menggariskan dua fokus utama iaitu menstruktur semula ekonomi ke aras Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia dan meningkatkan kualiti hidup seluruh rakyat Malaysia.

“Saya percaya usaha ini akan dapat membantu seluruh rakyat Malaysia merentasi Sabah dan Sarawak mengecapi nikmat pembangunan ekonomi negara secara saksama.

“Sebagai Parti yang membawa suara rakyat Sabah, PBRS menyambut baik pendekatan Ekonomi Madani yang bersifat inklusif daripada aspek pembangunan infrastruktur seperti komitmen Kerajaan Perpaduan dengan menyediakan keseluruhan RM800 juta tambahan bagi penyelesaian jangka pendek bagi menangani isu bekalan air yang konsisten dan berkualiti bagi Sabah dan Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Arthur yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Teknologi Malaysia berkata, akses kepada kemudahan dan persekitaran sekolah yang selesa adalah kritikal bagi mencorakkan minda anak-anak muda kita terutamanya anak-anak di luar bandar. Jesteru, PBRS turut menyokong penuh langkah yang diambil Kerajaan Perpaduan khususnya dengan menambah peruntukan, mudahkan tatacara perolehan serta menurunkan kuasa pelaksanaan (decentralisastion) bagi mempercepat pelaksanaan projek-projek sekolah dan menambah baik sekolah-sekolah daif.

“Saya yakin usaha ini akan membantu mempermudahkan urusan dan mempercepatkan usaha Kerajaan Sabah untuk merancang dan merencana pembaikan dan pembangunan kemudahan pendidikan yang bersesuaian dengan keperluan rakyat di Sabah,” ujarnya.

Di samping itu, beliau berkata, hasrat kerajaan dalam memastikan pembangunan rendah karbon dengan memberi penumpuan kepada meningkatkan kapasiti penjanaan tenaga boleh baharu adalah selari dengan komitmen Sabah dalam menghasilkan tenaga boleh diperbaharui bagi menarik minat pelabur yang mementingkan aspek alam sekitar, sosial dan tadbir urus ataupun ESG.

Katanya, dari aspek kebajikan sosial, inisiatif Kerajaan Perpaduan untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dengan gaji yang bermakna kepada rakyat Malaysia.

“Pelaksanaan dasar yang menyokong peningkatan upah berbanding keluaran dalam negara kasar (KDNK) kepada tahap 45 peratus akan membolehkan rakyat Sabah mendapat gaji yang lebih bermakna tanpa perlu merantau ke Semenanjung. Ini secara tidak langsung akan merancakkan kitaran ekonomi domestik dan seterusnya memacu ekonomi Sabah ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Menurutnya, usaha Kerajaan Perpaduan untuk merombak semula struktur ekonomi bagi mengecapi lebih kekayaan dan dalam masa yang sama memastikan keadilan sosial diutamakan bagi memastikan kekayaan yang dikecapi dapat dikongsi bersama memerlukan pendekatan seluruh negara “whole of nation”.

“Sehubungan itu, saya dan seluruh ahli Parti Bersatu Rakyat Sabah menyatakan sokongan bagi menjayakan kerangka Ekonomi MADANI dan berharap agar seluruh entiti negara bermula dari Rakyat, Kerajaan, pertubuhan bukan Kerajaan dan sektor swasta akan dapat kita perkasakan demi menjayakan usaha ini.

“Kita bulatkan tekad dan rangkul seluruh kekuatan serta tenaga bagi menjayakan iltizam ini demi Malaysia yang lebih baik untuk kita dan anak-anak kita,” tegas beliau.

RELATED ARTICLES
Utama

Letusan Gunung Ruang: MET Malaysia keluar Amaran Cuaca Penerbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya