HomeUtamaTahap keselamatan di ESSZONE bertambah baik dengan kehadiran ramai pelancong - Victor

Tahap keselamatan di ESSZONE bertambah baik dengan kehadiran ramai pelancong – Victor

Read Time:1 Minute, 52 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Tahap keselamatan kawasan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE) bertambah baik berikutan jumlah peningkatan pelancong dalam dan luar negara yang datang berkunjung ke kawasan tersebut.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Deputi Komisioner Victor Sanjos berkata, ini terbukti berdasarkan data-data yang diperolehi, sebelum ini jumlah pelancong rakyat tempatan adalah tinggi berbanding dengan asing tetapi sejak kebelakangan ini, dalam dua tiga bulan lalu perbezaan itu amat ketara jumlah pelancong luar negara yang berkunjung ke kawasan ESSZONE begitu tinggi berbanding dengan pelancong tempatan.

“Jadi saya berpendapat dengan melihat dan menganalisis data-data ini yang mana kepercayaan dan kekukuhan sistem pertahanan terutamanya keselamatan di kawasan ESSZONE ini adalah yakini dan dipercayai.

“Oleh sebab itu saya meminta semua pihak terutamanya rakan-rakan media untuk menghebahkan dan menjernihkan suasana yang ada di dalam pemikiran rakan-rakan di luar sana bahawa tahap keselamatan di kawasan ini sebenarnya sangat selamat.

“Dan jika sekiranya maklumat ini disampaikan dengan begitu padat, tepat dan pantas nescaya pertumbuhan ekonomi di kawasan ini juga akan meningkat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Malam Penghargaan Media ESSCOM Tahun 2023 di sini pada Khamis (27 Julai).

Menurut Victor, pengisytiharan kawasan Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) sebagai zon perdagangan bebas (free trade zone) oleh Kerajaan Negeri Sabah, ini akan menarik para pelabur untuk melabur ke negeri ini.

“Justeru, seandainya para pelabur ini masuk dan boleh mengembangkan perniagaan di kawasan ESSZONE sudah tentu akan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk, maka pihak ESSCOM bersama-sama semua masyarakat akan menjana kesejahteraan di kawasan tersebut, itulah sebenarnya misi dan visi kita,” katanya.

Sehubungan dengan itu, katanya, statistik kehadiran pelancong yang diperoleh daripada tempat-tempat peranginan di kawasan ESSZONE menunjukkan peningkatan sebanyak 80 peratus kemasukan pelancong luar negara ke kawasan itu.

“Ini satu petunjuk yang sangat bagus untuk negeri Sabah terutamanya di kawasan Pantai Timur.

“Antara pelancong yang ramai datang termasuklah dari China, Korea dan Taiwan. Difahamkan semua hotel pun penuh, ini disebabkan kawasan Pantai Timur merupakan satu lokasi pelancongan sangat cantik sebenarnya, oleh itu kita harapkan mereka datang sana dalam keadaan selamat, damai dan ceria,” katanya.

Tambah beliau, ESSCOM adalah satu brand (jenama) keselamatan dan mengalu-alukan penglibatan rakan media menerusi penyiaran berita sahih untuk memperkukuhkan lagi industri yang ada di kawasan ESSZONE.

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya