HomeSukanSabah FC mahu bangkit capai mata penting bertemu Penang FC Ahad ini

Sabah FC mahu bangkit capai mata penting bertemu Penang FC Ahad ini

Read Time:54 Second

Kota Kinabalu: Sabah FC mahu kembali bangkit selepas mencatat kekalahan menentang Selangor FC minggu lalu dengan menetapkan sasaran untuk tidak kehilangan mata penting ketika menentang Penang FC di Stadium Bandaraya Pulau Pinang Ahad ini.

Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata, ia bukan satu perlawanan mudah berikutan Penang FC memiliki kekuatan tersendiri selain mempunyai pemain-pemain import dan tempatan yang berkualiti tinggi.

Katanya, Sabah FC perlu kekal fokus sepanjang perlawanan ini bagi memastikan dapat mengutip mata penting dalam perlawanan tersebut.

“Kita harus bangkit dengan mencapai keputusan positif daripada badi kekalahan ketika berdepan Selangor minggu lalu.

“Sabah FC perlu berada dalam landasan terbaik jika ingin mengekalkan rentak untuk merebut slot tiga tempat teratas liga super.

“Hanya berbaki  beberapa perlawanan lagi sebelum berakhirnya musim Liga Super2023,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mengulas mengenai kecederaan beberapa pemain utama, Kim Swee berkata beberapa pemain dilihat mengalami kecederaan selepas perlawanan menentang Selangor.

“Kita tidak perlu risau kerana masih terdapat pemain-pemain lain yang mampu menggalas tugas serta mengisi slot mereka yang mengalami kecederaan dan juga penggantungan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

U23 Sabah FC sasar kutip satu mata menentang JDT II

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular