HomePolitikGRS isytihar beri sokongan calon Kerajaan Perpaduan dalam PRN enam negeri di...

GRS isytihar beri sokongan calon Kerajaan Perpaduan dalam PRN enam negeri di Semenanjung

Read Time:2 Minute, 6 Second

SEREMBAN: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyeru kepada pengundi Sabah dalam pilihan raya enam negeri yang akan datang di Semenanjung untuk memilih calon Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berdiri di belakang Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menyokong penuh Kerajaan Perpaduan,” kata Hajiji yang juga pengerusi GRS.

“Adalah penting bagi pengundi Sabah, terutamanya mereka yang mengundi pada pilihan raya di enam negeri akan datang di Semenanjung, pilih calon Kerajaan Perpaduan untuk mengekalkan politik negara
dinamik untuk masa depan yang lebih baik,” katanya ketika bertemu pengundi Sabah di Royal Chulan Hotel di sini pada malam Jumaat.

Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan Dato’ Seri Aminuddin Harun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Armizan Mohd Ali dan Menteri Perindustrian Pembangunan dan Keusahawanan Sabah Phoong Jin Zhe.

“GRS mengisytiharkan sokongan penuh kepada Kerajaan Perpaduan kerana ia adalah platform terbaik untuk negara berbilang kaum seperti Malaysia untuk maju ke hadapan,” katanya.

Hajiji juga menggesa orang ramai untuk menolak kata-kata perkauman dan ketaksuban agama yang digunakan oleh pembangkang sebagai bahan kempen mereka untuk meraih undi pada pilihan raya negeri.

“Taktik sedemikian merugikan negara majmuk seperti kita, yang tidak akan pernah menjamin masa depan Malaysia,” katanya.

Katanya, kestabilan, salah satu faktor penting untuk negara maju, hanya boleh dicapai apabila rakyat bersatu dan tidak dibutakan oleh perkauman dan ketaksuban.

Hajiji, yang juga presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) berkata hak keistimewaan orang Melayu dilindungi di bawah Perlembagaan tetapi ini tidak bermakna bahawa kepentingan kaum lain di negara ini diabaikan.

“Hak orang Melayu, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, Islam sebagai agama rasmi dan keistimewaan raja-raja Melayu terpelihara sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan ia mesti dihormati. Namun, kita tidak boleh menafikan hak kaum lain di Malaysia.

“Kami di Sabah telah menjadi contoh perpaduan dalam kepelbagaian kerana walaupun berbeza bangsa dan agama, kita telah hidup bersama secara harmoni sejak sekian lama tanpa mengira ideologi politik, itulah yang juga digalakkan oleh Kerajaan Perpaduan peringkat kebangsaan.

“Justeru, dalam hal ini, saya menyeru rakyat menyokong calon-calon Kerajaan Perpaduan dalam pilihan raya negeri,” katanya.

Antara rombongan GRS pada majlis itu ialah Timbalan Pengerusi Tan Sri Pandikar Amin Mulia, naib pengerusi Datuk Masiung Banah dan Ketua Penerangan Datuk Joniston Bangkuai.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar, ADUN Pantai Dalit Datuk Jasnih Daya, ADUN Tempasuk Arshad Bistari, Ahli Parlimen Tawau Lo Su Fui dan Senator Datuk Bobbey Suan.

Hajiji juga meluangkan masa untuk bertemu dan beramah mesra dengan rakyat Sabah yang tinggal di Negeri Sembilan.

RELATED ARTICLES
Utama

Mangsa samun ditetak, patah tulang, luka lengan kanan dan kiri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya