HomeIsu tempatanOps TIRIS: 5,300 liter diesel dirampas

Ops TIRIS: 5,300 liter diesel dirampas

Read Time:2 Minute, 34 Second

TUARAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
(KPDN) Cawangan Tuaran telah merampas barang kawalan yang disyaki minyak diesel bersubsidi dalam operasi ‘Ops TIRIS’ di sebuah stor tapak pembinaan di Rugading di sini pada 28 Julai 2023.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Daerah, KPDN Cawangan Tuaran, Saripuddin Moleng berkata, susulan serbuan yang dijalankan pada jam 11.00 pagi itu, pasukan yang terdiri dari empat orang pegawai Penguat Kuasa KPDN Tuaran telah menjumpai dan menyita minyak diesel yang dianggarkan sebanyak 5,300 liter dalam sebuah tangki besi berbentuk segiempat yang dilengkapi dengan electronic meter pump dengan anggaran nilai sitaan keseluruhan berjumlah RM 25, 700.

Penguat kuasa KPDN Cawangan Tuaran menyita minyak diesel di sebuah stor tapak pembinaan di Rugading, Tuaran. – Foto ihsan KPDN Tuaran.

“Seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai penyelia stor di lokasi serbuan turut ditahan untuk direkodkan keterangan bagi tujuan membantu siasatan awal kes ini di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Saripuddin, risikan telah dijalankan selama tiga hari oleh Pegawai Penguat Kuasa KPDN Cawangan Tuaran sebelum serbuan dijalankan.

“Berdasarkan keterangan awal yang direkodkan daripada pekerja stor di
tempat kejadian, barang kawalan tersebut diperolehi daripada pembekal diesel industri yang sah. Walau bagaimanapun pekerja tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan dan juga permit atau lesen kebenaran untuk menyimpan barang kawalan di lokasi berkenaan.

“Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 20(1) Akta Kawalan
Bekalan 1961 kerana menyimpan barang kawalan di tempat yang tidak mendapat kebenaran pengawal. Di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122), mana-mana individu yang disabit dengan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1 juta, manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Jelas Saripuddin lagi, bagi syarikat pula, jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM2 juta, manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta. Kementerian juga akan mengambil tindakan tegas dengan menggantung sementara lesen pengusaha stesen minyak yang
terlibat sehingga siasatan selesai dijalankan.

Beliau berkata, Ops TIRIS dilancarkan sejak 1 Mac 2023 bertujuan untuk membanteras penyelewengan dan ketirisan minyak diesel bersubsidi.

“KPDN Cawangan Tuaran akan terus menjalankan risikan, pemeriksaan dan pemantauan secara berterusan ke atas semua kegiatan berkaitan barang kawalan agar tidak berlaku sebarang bentuk penyelewengan dan ketirisan barang kawalan bersubsidi tersebut.

“Masyarakat disaran untuk menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa dengan memberikan kerjasama sekiranya mempunyai sebarang maklumat terutamanya berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi bagi memastikan aktiviti haram ini dapat dibanteras sehingga ke akar umbi yang boleh menyebabkan kerugian besar kepada rakyat dan Negara,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang aktiviti yang melanggar perundangan dialu-alukan untuk menyalurkan aduan kepada pihak kementerian melalui saluran berikut:
1) Whatsapp 019-279 4317 / 019-848 8000;
2) Portal Aduan: e-aduan.kpdn.gov.my;
3) Call Centre 1-800-886-800;
4) Emel: [email protected] ;
5) Ez ADU KPDN;
6) Hadir sendiri ke Pejabat KPDN yang berdekatan;
7) Pusat Arahan Penguat kuasaan (Enforcement Command
Centre): 03 – 8882 6088 / 6245;
8) Surat Rasmi ke Pejabat KPDN yang berdekatan; dan
9) Bilik Gerakan KPDN Negeri (senarai nombor talian sila layari portal rasmi)

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PKK Biz @ Akademia catat lebih RM20,000 nilai jualan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular