HomeIsu tempatanUMS cemerlang dalam pertandingan program V Creator

UMS cemerlang dalam pertandingan program V Creator

Read Time:1 Minute, 18 Second

Kota Kinabalu: Peserta Universiti Malaysia Sabah (UMS) meraih hadiah bernilai RM20,000 dalam pertandingan akhir Program V Creator yang berlangsung di sini, baru-baru ini. 

Kemenangan itu diperoleh Prof. Madya Dr. Wilson Yong Thau Lym dari Institut Penyelidikan Bioteknologi (IPB) melalui produk Seaweed Seedling Production System.

Seorang lagi pemenang, Felicia Ling Wen Xia, pelajar Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan UMS meraih kejayaan melalui produk Agrowaste Biosorbant (Provera).

Kedua-kedua mereka masing-masing menerima hadiah berjumlah RM10,000. 

Pertandingan yang berlangsung di Dewan Auditorium Pascasiswazah UMS itu dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Transformasi Pembangunan Usahawan Sabah (SET) Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan (KPPK) Sabah, dan Pusat Kolaborasi dan Libatsama Industri (PKLI) UMS. 

Menurut Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UMS, Prof. Dr. Coswald Sipaut @ Mohd Nasri, Program V Creator merupakan program Pemula Idea Perniagaan Business Pitching yang diadakan sejak 24 Jun 2023 di Galeri Azman Hashim (GAH) UMS.

“Sebanyak 53 penyertaan telah diterima yang menyaksikan seramai empat peserta UMS berjaya mara ke peringkat akhir.

“Syabas dan tahniah kepada semua pemenang khususnya kepada dua peserta yang telah mengharumkan nama universiti.

“Terima kasih juga kepada pihak SET, KPPK dan semua yang terlibat dalam penganjuran program ini termasuk para juri profesional yang berpengalaman luas dalam bidang keusahawanan dan perniagaan,” katanya.

Untuk rekod, program V Creator diadakan dengan tema Inovasi dan Idea, Makanan, Hasil Laut, Perkhidmatan Sosial, Pertanian, Barangan Pengguna, Inovasi Makanan, Carbon Solution dan Lean Manufacturing. 

Majlis perasmiannya disempurnakan oleh Setiausaha Perhubungan Awam KPPK, Amos Thien. Turut hadir Presiden Persatuan SET Sabah, Dato’ George Lim Su Chung. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

1,500 pengunjung meriahkan sambutan raya Pusat Alumni UMS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya