HomeUtama21 pegawai pemantau pematuhan halal dilantik, pantau SPHM di Sabah

21 pegawai pemantau pematuhan halal dilantik, pantau SPHM di Sabah

Read Time:1 Minute, 30 Second

Kota Kinabalu : Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) melantik seramai 21 orang pegawai pemantau pematuhan halal bagi membantu MUIS dalam melaksanakan pemantauan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) di negeri Sabah.

Ketua Pegawai Eksekutif MUIS Ramlan Awang Ali berkata, pelantikan pegawai pemantau itu adalah terdiri dari kalangan Pegawai Tadbir Agama (PTA) dan Penyelaras Pentadbir Masjid Daerah (PPMD) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) seluruh daerah di negeri ini.

Katanya, pelantikan setiap daerah itu juga adalah selari dengan halatuju MUIS dalam mendepan cabaran melestarikan pembangunan syiar khususnya industri halal di Sabah.

“Skop tugas para pegawai yang dilantik ini akan melaporkan kepada MUIS sekiranya berlaku pelanggaran pelaksanaan SPHM yang melanggar Hukum Syarak dan Manual Pensijilan Halal Malaysia.

“Selain itu, orang awam juga boleh membuat sebarang aduan mengenai Sijil Halal melalui media sosial Facebook iaitu di MUIS Halal Hub atau email [email protected] selain boleh menghubungi talian 088213745/742,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguhan Bengkel Pegawai Pemantau Pematuhan Halal MUIS disini.

Ramlan yang juga Setiausaha MUIS berkata, orang awam juga boleh membuat aduan secara ‘walk-in’ di pejabat MUIS Halal Hub, tingkat dua, blok A,wisma MUIS Kota Kinabalu.

Katanya, adalah menjadi tanggungjawab MUIS dalam memastikan makanan atau minuman masyarkat Islam sentiasa terjaga kehalalannya.

“Penambahan Pegawai Pemantau Pematuhan Halal di setiap daerah mampu meningkatkan integriti halal dalam kalangan pemain industri di Sabah.

“Saya merakamkan ucapan tahniah kepada pegawai Pemantau Pematuhan Halal dan diharapkan kesemua pegawai pemantau yang telah dilantik menjalankan tugas yang sebaiknya dan perlu mempunyai sikap bertanggungjawab dalam setiap perkara yang dilakukan,” katanya.

Dalam pada itu, Ramlan berkata, objektif pelaksanaan bengkel itu adalah bagi memberi pendedahan kepada pegawai terlibat mengenai bidang tugas pegawai pemantau sekaligus memberi pentauliahan kepada para peserta.

Selain itu katanya, bengkel itu juga memberi pendedahan mengenai proses pemantauan pensijilan halal. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines sambung semula beberapa penerbangan ke Sabah,...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya