HomeIsu tempatan442 peserta B40 terima manfaat MyLesen di Tambunan

442 peserta B40 terima manfaat MyLesen di Tambunan

Read Time:1 Minute, 20 Second

Tambunan : Seramai 442 peserta B40 berusia 16 hingga 67 tahun menerima manfaat Program Bantuan Lesen Memandu (MyLESEN) yang dikoordinasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di daerah ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Jeffrey G. Kitingan berkata, bantuan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal) itu akan memudahkan pergerakan peserta yang menggunakan motosikal berulang alik ke tempat kerja.

Selain itu katanya, ianya juga dapat membantu peserta menjalankan perniagaan kecil-kecilan atau mengusahakan pertanian untuk meningkatkan ekonomi keluarga.

“Mereka tidak perlu merasa takut atau risau lagi dengan sekatan jalanraya yang diadakan oleh JPJ ataupun Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Sebelum ini, mungkin ada peserta yang pernah menunggang motosikal tanpa lesen atau secara haram, tetapi kini mereka adalah penunggang yang mempunyai lesen sah” katanya semasa Majlis Perasmian Penutupan Program MyLESEN Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan. 

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia, Rospiagos Taha berkata, program tersebut merupakan salah satu usaha berterusan JPJ untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pematuhan peraturan dan pembudayaan keselamatan jalan raya.  

“Penetapan kesemua modul kursus ujian dan latihan adalah setara dengan ketetapan sedia ada bagi membuktikan komitmen serta usaha berterusan JPJ untuk memastikan semua pemandu kenderaan adalah betul-betul kompeten dan menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

“Calon-calon di bawah Program MyLESEN telah menduduki tiga modul kursus iaitu Kursus Teori (KPP01), Latihan Praktikal di Litar (KPP02) dan Latihan Praktikal di Jalan Raya (KPP03) selain Ujian Buta Warna,” katanya di dewan terbuka Pisompuruan Square, di sini semalam

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Pengangkutan Jalan Malaysia, Ibrahim Mohd Yusof. 

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS terima 468 pelajar baharu program asasi, 40 asasi agrisains

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular