HomeIsu tempatanDua sekolah di Tongod bakal terima sumbangan bas mini

Dua sekolah di Tongod bakal terima sumbangan bas mini

Read Time:1 Minute, 10 Second

Sandakan : Dua buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Tongod bakal menerima masing-masing sebuah bas mini bagi kegunaan harian sekolah terlibat.

Bas mini yang disumbangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut Datuk Masiung Banah itu akan disampaikan secara berperingkat bermula penghujung tahun ini.

Antara sekolah yang menerima sumbangan bas mini itu adalah SMK Penangah dan SMK Tongod yang mana sebelum ini sumbangan sama turut diserahkan kepada SMK Entilibon Tongod pada tahun lalu.

Perkara itu diumumkan Masiung ketika merasmikan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah (MSS) Daerah Telupid/Tongod di Kompleks Sukan Sandakan di sini semalam.

Beliau turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000 bagi membantu perbelanjaan atlit-atlit yang berjaya ke pusingan seterusnya untuk bertanding di peringkat daerah Sandakan sebelum hujung tahun ini.

Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) itu berkata, semangat juang yang tinggi tanpa mengenal erti putus asa merupakan kunci utama mengapai impian untuk bergelar juara.

“Semua ahli sukan mengimpikan kejuaraan, namun tanpa disiplin yang tinggi dan latihan agresif ia terlalu sukar untuk memperolehi status juara.

“Dalam bidang pelajaran juga seseorang yang ingin berjaya harus terlebih dahulu menimpa ilmu secara bersungguh-sungguh,” katanya.

Sebanyak 31 sekolah rendah dan tujuh buah sekolah menengah di Telupid dan Tongod menyertai Kejohanan Olahraga selama tiga hari itu.

Lebih 1,000 murid dan guru terlibat dalam menjayakan temasya sukan kali ke-6 yang diketuai oleh Pegawai Pendidikan Daerah  Telupid /Tongod, Albert Andau Paulus Andau. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS terima 468 pelajar baharu program asasi, 40 asasi agrisains

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular