HomeUtamaPejabat Daerah Pitas laksana kempen 1 Rumah, 1 Jalur Gemilang

Pejabat Daerah Pitas laksana kempen 1 Rumah, 1 Jalur Gemilang

Read Time:46 Second

Pitas : Pejabat Daerah Pitas kini giat menjalankan kempen 1 Rumah, 1 Jalur Gemilang yang bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat patriotism dalam bukan Kebangsaan tahun ini.

Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran), Mark @ Hassan Libau berkata, ia juga adalah bagi menggalakkan setiap warga Pitas untuk mengibarkan sekurang-kurangnya Jalur Gemilang di rumah masing-masing.

“Bukan sahaja Jalur Gemilang, malah masyarakat juga diseru untuk turut mengibarkan bendera Negeri kita dan kami berharap agar semua penduduk dapat memberikan kerjasama dalam menjayakan kempen ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2023 Peringkat Daerah Pitas, di sini semalam.

Ketibaan Konvoi KMJG 2023 yang diketuai Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor disambut oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Pitas, Ramlah Nasir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pekan Pitas.

Turut hadir, Pemangku Pengetua SMK Pekan Pitas, Raja Syariffah Raja Yusoff, Pegawai Penerangan Daerah, Jemin Pangut dan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Unit Sektor Pengurusan Murid, Salleh Esmara.

RELATED ARTICLES
Utama

Projek Muka Sauk Kabang capai 94 peratus, baki kerja dipercepat

Jafry (duduk, tengah) bersama pihak penganjur lain menunjukkan poster promosi Sambutan Hari Malaysia 2026 pada sidang media khas di sini, hari ini. - Foto Sabah Media/ Alexter Rosalia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular