HomeUtamaDUN Sabah : MAN Nabawan sedang dalam peringkat penyediaan anggaran kos

DUN Sabah : MAN Nabawan sedang dalam peringkat penyediaan anggaran kos

Read Time:1 Minute, 48 Second

Kota Kinabalu : Cadangan pembinaan Mahkamah Anak Negeri (MAN) Nabawan kini sedang dalam peringkat penyediaan anggaran kos dimana kerja-kerja ‘Soil Investigation’ (SI) tambahan dan rekabentuk telah siap dibuat.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Aliasneh berkata, pelan pembangunan telah dihantar kepada Jurutera Daerah pada 14 Julai lalu untuk proses permohonan kelulusan Pembangunan.

Katanya, pembinaan dijangka akan bermula pada awal tahun hadapan dan dijadualkan siap sebelum penghujung 2025.

“Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat Nabawan dan Dewan yang mulia ini, bangunan MAN yang telah siap dan sedang beroperasi ialah di daerah Kudat, Tuaran, Lahad Datu, Keningau, Penampang, Sandakan dan Tambunan. 

“Manakala bangunan MAN yang sedang dalam proses pembinaan ialah di daerahTamparuli, Sook, Paitan dan Pagalungan.  Selebihnya adalah dalam perancangan pada tempoh Rancangan Malaysia ke-13 (RMKe13),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassing (PGRS-Nabawan) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Isnin berkata, permohonan untuk pembinaan bangunan MAN RMKe13 adalah berdasarkan bilangan kes tertinggi dan keperluan bangunan MAN yang mendesak.

“Antara cadangan pembinaan MAN RMK-13 (2026-2030) ialah di             Kota Belud; Beluran;  Tenom; Kemabong ; Kinabatangan ; Sipitang; Tawau; Kuala Penyu; Membakut; Semporna; Pitas dan Telupid.

“Bagi biayaan Kerajaan Persekutuan pula adalah melibatkan Ranau; Tongod; Nabawan; Putatan; Kota Kinabalu dan Papar,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Pembanu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Samad Jambri @ Jamri berkata, Program Industri Desa merupakan program yang menyediakan aktiviti-aktiviti kursus kemahiran kepada golongan sasar yang berminat dalam bidang keusahawanan.

Katanya, progam ini bertujuan untuk membantu golongan sasar dalam meningkatkan taraf hidup dan sosio ekonomi khususnya peningkatan pendapatan di kalangan komuniti luar bandar.

Samad Jambri @ Jamri

“Kementerian dengan kerjasama pejabat-pejabat daerah telah melaksanakan pelbagai kursus kemahiran secara khusus berdasarkan sumber utama dan mengenalpasti kursus-kursus yang bersesuaian untuk dikembangkan di sesebuah daerah tersebut.

“Merujuk kepada data tahun 2016 sehingga kini, kementerian telah melaksanakan 76 kursus kemahiran di seluruh Sabah. Berdasarkan rekod, kementerian telah melaksanakan empat kursus kemahiran di kawasan Parlimen Lahad Datu iaitu satu kursus di daerah kecil Tungku dan tiga kursus di Lahad Datu pada tahun 2021 dan 2022,” katanya. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis Keningau buru suspek terlibat kes bunuh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular