HomeUtamaPolis buru tiga suspek terlibat kes serang guna kapak

Polis buru tiga suspek terlibat kes serang guna kapak

Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Polis sedang giat memburu tiga suspek terlibat kes menyerang dengan sebilah kapak dan mencederakan seorang mangsa lelaki dalam kejadian yang berlaku di bulatan bangunan PKNS dekat sini pada malam Rabu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, pada jam 9.00 malam Rabu (9 Ogos) bertempat di kawasan terbuka bulatan Bangunan PKNS, Kota Kinabalu, seorang lelaki umur 37 tahun yang sedang makan dalam kereta bersama teman wanitanya umur 30 tahun telah
diserang oleh tiga orang lelaki.

“Salah seorang lelaki tersebut telah menyerang mangsa dengan sebilah
kapak yang mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian
muka, tangan dan kaki.

“Mangsa dan teman wanitanya berjaya menyelamatkan diri dan menuju ke Balai Polis Alamesra.

“Mangsa kemudiannya telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth bagi mendapatkan rawatan, manakala teman wanitanya tidak mengalami
sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, motif serangan ini dipercayai akibat rasa cemburu.

“Sehubungan dengan itu, pihak polis sedang memburu tiga individu yang
merupakan suspek yang terlibat dalam kes ini.

“Tiga suspek yang dikehendaki adalah Winhal Jalali, 37, bangsa Suluk, yang merupakan bekas suami kepada teman wanita mangsa, Abdel Jalali, 27, bangsa Suluk dan seorang lagi belum dikenalipasti yang merupakan rakan suspek,” katanya.

Mohd Zaidi meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kejadian atau individu yang dikehendaki, untuk tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Kes iaitu Inspektor Muhammad Khaidir Zakaria di talian 014-8019618.

Katanya, kes disiasat di bawah Sekyen 326 Kanun Keseksaan dengan sengaja menyebabkan cedera parah dengan menggunakan senjata.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan negeri hargai peranan media di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya