HomeUtamaSabah pertimbang perluas PPS kanak-kanak jalanan di Tawau dan Sandakan

Sabah pertimbang perluas PPS kanak-kanak jalanan di Tawau dan Sandakan

Read Time:1 Minute, 16 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan Sabah sedang mempertimbangkan untuk meluaskan projek pembinaan pusat perlindungan sementara (PPS) untuk kanak-kanak jalanan di Tawau dan Sandakan.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk James Ratib berkata, ia adalah susulan daripada pelaksanan projek perintis yang dilaksanakan awal tahun ini.

Beliau berkata, pihaknya akan berbincang dengan kerajaan persekutuan atau pun kerajaan negeri bagi menyediakan bangunan kekal untuk kanak-kanak jalanan pada masa akan datang.

“Kerana kita tahu, perkara ini akan sentiasa berulang dari masa ke semasa. Jadi kita mesti ada satu garis panduan supaya perkara ini berkekalan dan bukan untuk sementara sahaja.

“Tapi untuk masa sekarang, kita akan selamatkan kanak-kanak jalanan ini secara berperingkat,” katanya ketika ditemui media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini baru-baru ini.

James berkata, pihaknya kini sedang mengenal pasti bekas rumah kerajaan di Tawau dan Sandakan yang bakal dijadikan sebagai rumah untuk kanak-kanak jalanan tersebut untuk di didik mengenai perkara-perkara asas kehidupan agar kelak mereka tidak meminta-minta lagi di jalan.

“Sekarang kita tengah berunding dengan Kementerian Kewangan dari segi bajet untuk pembaikan rumah-rumah tersebut,” katanya lagi.

James yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sugut itu berkata, kanak-kanak jalanan di Kota Kinabalu yang sebelum ini diselamatkan dan ditempatkan di pusat perlindungan sementara telah pun dikembalikan kepada keluarga mereka dengan syarat.

“Sekarang ini, lebih kurang ada 20 lebih lagi kanak-kanak yang tinggal di sana. Walau bagaimanapun, saya bersama pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan sentiasa memantau perkara ini dari masa ke semasa,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

CIS serah zakat perniagaan RM100,000

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya