HomeIsu tempatanHUMS anjur program kesihatan di Kampung Rundum, Tenom

HUMS anjur program kesihatan di Kampung Rundum, Tenom

Read Time:1 Minute, 8 Second

Kota Kinabalu: Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) melalui Program KRIS (Kementerian Pengajian Tinggi Prihatin Madani) menganjurkan program kesihatan di Kampung Rundum, Tenom, baru-baru ini.

Ketua Pasukan Perubatan, Dr. Yung Chee Tien berkata program itu bertujuan memberi perkhidmatan klinik bergerak dan program jangkauan (outreach) kesihatan komuniti kepada masyarakat di Tenom buat kali pertama.

Kampung Rundum merupakan destinasi yang terpilih untuk dilawati dan disantuni oleh pihak HUMS dengan kerjasama Kelab Sukarelawan Pacuan Empat Roda UMS (UMS 4WDVC).

“Terdapat 10 perkhidmatan kesihatan dan perubatan percuma yang disediakan oleh pasukan HUMS seperti saringan dan pemeriksaan asas kesihatan, konsultasi pakar kesihatan pegawai perubatan dan pemberian ubat-ubatan secara percuma,” katanya.

Tambah beliau, sambutan program itu disertai lebih 100 orang pelajar dan penduduk sekitar Kampung Rundum.

Cabaran utama destinasi pada kali ini ialah kampung ini terletak di Banjaran Crocker dan perlu melalui laluan yang lasak.

“Kami mengambil masa selama 18 jam perjalanan secara on-road dan off-road untuk sampai ke destinasi,” ujarnya.

Pada program tersebut Yung turut mengucapkan tahniah kepada pasukan HUMS dan UMS 4WDVC yang telah bekerjasama untuk menjayakan program ini.

Seramai 40 kakitangan daripada HUMS menjadi sukarelawan yang terdiri daripada Pegawai Perubatan Pakar, Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian, Pegawai Farmasi, Pegawai Dietetik, Pegawai Pemulihan Fisioterapi dan Jururawat.

Turut serta mengikuti program ini, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UMS, Profesor Dr. Shahril Yusof yang juga presiden UMS 4WDVC.SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

20 anak yatim Rumah Amal Kasih Kingfisher terima sumbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya