HomeIsu tempatanSM Kian Kok juara pertandingan forum pelajar 2023 peringkat negeri Sabah

SM Kian Kok juara pertandingan forum pelajar 2023 peringkat negeri Sabah

Read Time:1 Minute, 18 Second

Kota Kinabalu: Sekolah Menengah (SM) Kian Kok, Kota Kinabalu di sini berjaya dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Forum Pelajar 2023 Peringkat Negeri Sabah.

Diwakili oleh Chiara Glycee Rayner, Alexis Chin Li Mei, Amanda Chiok Mann Yi, dan Chan Kha Man sekolah itu membawa pulang Piala Pusingan Ketua Menteri Sabah dan merangkul hadiah RM200 seorang, piala iringan, buku  terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta sijil penghargaan.

Naib juara pula disandang oleh SM Tshung Tsin Sabah disusuli SM Tshung Tsin Tenom di tangga ketiga sementara Sekolah Tinggi Cina Sabah, Tawau, SM Lahad Datu dan SM Yu Yuan, Sandakan menerima saguhati.

Tempat kedua membawa pulang RM150 seorang, piala iringan, buku  terbitan DBP dan sijil penghargaan manakala pemenang ketiga menerima RM 100 seorang, piala iringan, buku  terbitan DBP dan sijil penghargaan.

Dalam pada itu, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Phoong Jin Zhe berkata, pertandingan tersebut mendidik para pelajar tentang kepentingan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul tanpa mengira kaum dan latar belakang yang berbeza.

“Walaupun sekolah ini merupakan sekolah persendirian Cina, namun penguasaan bahasa yang digunakan dalam pertandingan sangat baik dan sebagai  rakyat Malaysia kita seharusnya memartabatkan bahasa kebangsaan.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan kepada ibu bapa dan masyarakat Cina bahawa belajar bahasa kebangsaan merupakan tanggungjawab sebagai warganegara kerana ianya tidak akan menjejaskan identiti serta budaya kita,” katanya selepas merasmikan program itu di Dewan SM Tshung Tsin Sabah, di sini kelmarin.

Pada tahun ini, pertandingan forum dianjurkan bersama DBP dengan kerjasama Kumpulan Persatuan Jawatankuasa Sekolah Menengah Cina Persendirian Sabah dan SM Tshung Tsin Sabah.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

20 anak yatim Rumah Amal Kasih Kingfisher terima sumbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya