HomeIsu tempatanKonvoi KMJG ke institusi pendidikan dekatkan generasi muda kepada semangat kemerdekaan

Konvoi KMJG ke institusi pendidikan dekatkan generasi muda kepada semangat kemerdekaan

Read Time:58 Second

Membakut: Kunjungan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) ke sekolah dan institut pendidikan merupakan salah satu cara menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam kalangan  generasi muda.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, salah satu cara bagi mengisi kemerdekaan adalah dengan menyemai rasa cinta kepada ilmu pengetahuan.

“Dengan menimba ilmu pengetahuan sebanyak mungkin akan menjadikan kita individu yang mempunyai akal fikiran yang positif.

“Kepada para pemimpin masyarakat, saya juga menyeru agar kita sama-sama menggalakkan masyarakat pimpinan kita untuk sama-sama menyemarakkan hari merdeka ini dengan sekurang-kurangnya memasang Jalur Gemilang di rumah dan kenderaan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Sambutan Konvoi KMJG Sabah 2023 peringkat Daerah Membakut di Dewan Datuk Paduka Mat Saman, SMK Membakut di sini semalam.

Arifin yang juga ADUN Membakut berkata, beliau yakin dengan semangat merdeka, semangat kecintaan terhadap tanah air dan patriotik dapat disemai melalui program Konvoi KMJG yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Penerangan dan jabatan-jabatan lain di negeri  Sabah ini.

Hadir sama, Pengarah Penerangan Sabah Jainisah Mohd Noor, Pegawai Daerah Membakut Ibrahim Terki serta Pengetua SMK Membakut Maturdin Radin serta Pegawai Penerangan Daerah Beaufort, Suhaili Awang.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Deklamasi puisi akan diadakan pada Majlis Makan Malam Hari Jadi Rasmi...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular