HomePolitikTiada parti boleh halang parti lain laksana proses demokrasi di Sabah

Tiada parti boleh halang parti lain laksana proses demokrasi di Sabah

Read Time:1 Minute, 11 Second

Kota Kinabalu : Tiada mana-mana parti yang boleh menghalang parti politik lain untuk mengambil bahagian dalam proses demokrasi khususnya di negeri ini.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Datuk Seri dr Ronald Kiandee berkata, kenyataan Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee yang mahu hanya parti tempatan bertanding di Pilihan Raya Negeru (PRN) di Sabah dibuat atas kapasiti sebagai anggota Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tanpa mengurus kedudukan di peringkat nasional.

“Merujuk kepada kenyataan Presiden SAPP yang menyatakan bahawa hanya parti-parti Sabah sahaja yang perlu bertanding dalam PRN Sabah akan datang, PN Sabah menegaskan bahawa ianya dibuat atas kapasiti SAPP sebagai anggota GRS di negeri Sabah tanpa mengambil kira kedudukan mereka di peringkat nasional.

“PN Sabah berpendirian Presiden SAPP mempunyai tanggungjawab untuk menjelaskan pendirian mereka kepada PN berhubung dengan kenyataan itu,” katanya dalam kenyataan yang dimuatnaik di Facebooknya di sini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden SAPP itu semalam yang berkata tiada keperluan untuk melakukan perbincangan bagi kerjasama dengan parti bukan tempatan Sabah pada PRN akan datang.

Ronald berkata, sebagai parti gabungan yang mempunyai sokongan paling tinggi dalam PRN 12 Ogos lalu, adalah menjadi hasrat PN untuk memperkukuhkan kedudukannya di negeri-negeri lain termasuk di Sabah.

GRS kini terdiri daripada Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat); SAPP; Parti Bersatu Sabah (PBS); Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) dan Parti Liberal Demokratik (LDP). – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Nurul Yanadido ke Hongkod Koisaan kali kedua

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular