HomeUtamaPelaksanaan e-Kelas Maxis bantu tingkat martabat pendidikan di Sabah

Pelaksanaan e-Kelas Maxis bantu tingkat martabat pendidikan di Sabah

Read Time:1 Minute, 35 Second

Kota Kinabalu : Inisiatif pelaksanaan e-Kelas yang dikendalikan Maxis bagi membantu para pelajar di negeri ini khususnya dalam bidang pendidikan merupakan satu usaha murni bagi memartabatkan pendidikan di Sabah.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, usaha itu turut memberi tumpuan kepada para usahawan untuk mendigitalkan perniagaan mereka.

“Dengan adanya e-Kelas yang menyediakan program untuk kanak-kanak bermula dari tahun empat hingga tingkatan lima ini dilihat sangat baik dan saya sangat mengalu-alukan ini sebagai salah satu usaha murni Maxis bagi memartabatkan pendidikan di Sabah.

“e-Kelas ini juga dapat menjadi wadah untuk para usahawan bagi mendigitalkan bisnes mereka.  Ini dua perkara yang saya fikirkan iaitu pendidikan dan dapat membantu usahawan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan Hab Internet Sabah di sini hari ini.

Arifin yang juga Exco Pendidikan berkata, Kerajaan negeri turut memberi fokus kepada prasarana bagi memudahkan Maxis melaksanakan visi mereka untuk membantu rakyat.

“Apabila kita menyebut prasarana, kita akan melibatkan Kerajaan Pusat bersama khususnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam usaha memastikan prasarana seperti jaringan internet di seluruh negeri akan meningkat.

“Sudah pasti kita mahu usaha berhubung dengan digital ini akan dilaksanakan secara menyeluruh di Sabah kerana fokus kita adalah untuk membantu rakyat.  Di Sabah ada beberapa perkara yang kita beri fokus iaitu elektrik, air, prasarana jalan raya dan utility berhubung dengan liputan,” katanya.

Terdahulu ketika berucap, Arifin berkata, hab internet Sabah di Kota Kinabalu akan membawa peningkatan yang ketara untuk kependaman internet dan kelajuan keseluruhan untuk pengguna Maxis di negeri Sabah.

Katanya, pencapaian penting ini turut menyumbang kepada pelan hala tuju Sabah Maju Jaya 2021-2025, di bawah tonggak rangkaian infrastruktur dan kemampanan.  

“Melalui salinghubungan yang lebih cekap dan pantas, pembangunan digital di Sabah dapat dipercepatkan dan seterusnya menggalakkan lebih banyak inovasi serta penggunaan teknologi termaju untuk manfaat keusahawanan, pendidikan dan sebagainya,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Ops Buaya: JHL tembak mati buaya betina di Kg Sabah Baru

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular