HomeIsu tempatanProgram dekati pengundi muda akan terus diperkasa - Mohd Yazri

Program dekati pengundi muda akan terus diperkasa – Mohd Yazri

Read Time:1 Minute, 32 Second

Menumbok : Program bagi mendekati pengundi muda khususnya di daerah Beaufort akan terus diperkasa dan dipertingkatkan.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Beaufot Ak Mohd Yazri Mohd Yahya berkata,  pihaknya sebelum ini sudah merancang pelbagai pendekatan khusus melalui program yang dikendalikan oleh sayap parti UMNO itu.

“Ini adalah bagi menyahut saranan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah yang mahu semua bahagian dan cawangan UMNO di negeri ini diminta agar melakukan perencanaan rapi bagi mengenal pasti dan mendekati pengundi muda 18 tahun di kawasan masing-masing.

“Kita akan perkasakan lagi program mendekati pengundi muda ini yang kadarnya setiap hari akan bertambah melalui pendaftaran secara automatik (PSSA) dikuatkuasakan bagi pengundi muda 18 pada Disember 2021 lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Motor Show di majlis Jubli Emas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Menumbok di sini baru-baru ini.

Mohd Yazri berkata, ia dikhususkan kepada warganegara yang layak serta mempunyai maklumat lengkap berdasarkan rekod di Jabatan Pendafataran Negara (JPN) akan didaftarkan tanpa perlu memohon kepada SPR.

Katanya, berdasarkan pecahan demografi pengundi baru menunjukkan hanya kira-kira 16 peratus dari 6.9 juta pengundi baru mewakili kumpulan umur 18 hingga 20 tahun.

“Mereka ini sudah tentu menjadi kumpulan utama yang menjadi sasaran beberapa parti pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Kemenangan gabungan utama parti politik di negara ini yang membabitkan blok Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) serta Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri di enam buah negeri baru-baru ini juga bergantung kepada pengundi muda” katanya.

Terdahulu, Mohd Yazri berkata, penganjuran program Motor Show yang diadakan itu berjaya menarik penyertaan orang muda.

Katanya, dalam progam ini juga dapat memperlihatkan golongon itu tampil ikut serta bersama-sama menjayakannya. 

“Selepas ini lebih banyak program akan dianjurkan bagi menarik minat golongan muda turut sekali gus akan memperluaskan pelbagai acara untuk menggalakan anak muda terlibat bersama-sama di masa depan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Ko-Nelayan, UMS jalin kolaborasi bangun produk makanan hiliran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya