HomeIsu tempatanGolongan muda dipelawa sertai Tadau Sukod Wagu KYC 7 Oktober depan

Golongan muda dipelawa sertai Tadau Sukod Wagu KYC 7 Oktober depan

Read Time:1 Minute, 39 Second

Kota Kinabalu : Golongan muda dari seluruh Sabah dipelawa menyertai pelbagai program menarik sempena Tadau Sukod Wagu, KDCA Youth Council (KYC), pada 7 hingga 8 Oktober ini di Dewan Terbuka Koisaan Cultural Village (KCV), KDCA Penampang.

Pengerusi Majlis Belia KDCA (KYC), Steve Johnny Mositun, berkata, antara aktiviti pengisian sepanjang dua hari tersebut ialah larian ‘Spirit Of 85’ sejauh 5km, pertandingan Cosplay Budaya (Cultural Cosplay), Hari Influencer Belia Sukod Wagu, Permainan Dulu-Dulu dan Sukan Tradisi Sukod Wagu, Kempen Derma Darah, dan Booth Jualan Sukod Wagu.

“Objektif utama penganjuran itu adalah untuk menggalakkan golongan belia mengambil peduli mengenai adat dan budaya mereka, selain menyemai rasa cinta terhadap suku kaum masing-masing.

Pengerusi Majlis Belia KDCA (KYC), Steve Johnny Mositun

“Antara lain tujuan kita adalah untuk mengumpul seberapa ramai belia KDMR dari seluruh Sabah, tanpa mengira suku bangsa dan agama mereka, kerana kita semua datang dari satu rumpun yang sama, bezanya hanya bahasa, budaya dan mungkin adatnya,” katanya.

Katanya, di samping menyerlahkan bakat mereka dalam pelbagai bidang dengan menyertai pertandingan yang diadakan, anak-anak muda KDMR juga berpeluang mempelajari lebih dalam mengenai bahasa, budaya, seni, dan adat etnik mereka sendiri.

“Kita sedar bahawa arus pemodenan dunia masa kini telah menular dalam kehidupan masyarakat terutamanya dalam kalangan belia, namun semua itu tidak seharusnya menghalang kita untuk mendalami adat dan budaya, apatah lagi bahasa yang diwarisi dari nenek moyang kita.

“Harus diingat, mewarisi tradisi kaum sendiri tidak bermakna kita ini berfikiran kolot, melainkan kita harus berbangga dengan keunikan budaya dan adat kita sendiri, dan kitalah generasi yang seharusnya memeliharanya sampai bila-bila,” katanya.

Justeru, katanya, program Tadau Sukod Wagu itu amat bertepatan dengan tujuan bagi menyemai rasa cinta terhadap budaya etnik masing-masing.

“Ini sekaligus mampu menyemai semangat orang muda bagi mengekalkan dan memelihara budaya tersebut sebagai aset paling penting, yang harus diterapkan melalui generasi ke generasi, jangan sampai kita hilang identiti nanti,” katanya.

Sebarang pertanyaan mengenai karnival berkenaan terutamanya berkaitan gerai jualan (booth) boleh berhubung dengan urusetia KYC, 017-4141295 (Beverly). – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

20 anak yatim Rumah Amal Kasih Kingfisher terima sumbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya