HomeIsu tempatanProgram Sesi Dialog Keselamatan wujudkan hubungan baik, kerjasama antara PDRM, pemimpin &...

Program Sesi Dialog Keselamatan wujudkan hubungan baik, kerjasama antara PDRM, pemimpin & masyarakat setempat

Read Time:1 Minute, 35 Second

KOTA KINABALU: Lebih 100 orang penduduk menghadiri program Sesi Dialog Keselamatan Ketua Polis Daerah & PDRM bersama Pelanggan dengan Penduduk Tanjung Aru di Balai Raya Kampung Tanjung Aru, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner (ACP) Mohd Zaidi Abdullah berkata, objektif program diadakan adalah untuk mewujudkan hubungan baik dan kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kota Kinabalu dengan pemimpin dan masyarakat setempat selaras dengan moto “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”.

Mohd Zaidi (tengah) diapit oleh Kalsom (kiri) dan Reduan (kanan) semasa program sesi dialog keselamatan di Kg Tg Aru, di sini, hari ini.- Foto ihsan PDRM KK

Katanya, program ini juga sebagai medium kepada masyarakat untuk mengemukakan pandangan, o kocadangan, informasi dan lain – lain ke arah meningkatkan kualiti perkhidmatan (Service Delivery) PDRM kepada masyarakat setempat.

“Selain itu, masyarakat dapat menyalurkan info tentang masalah keselamatan dan perbincangan tentang langkah – langkah pencegahan jenayah oleh PDRM.

“Disamping merancang aktiviti kemasyarakatan untuk merapatkan hubungan antara PDRM dan masyarakat setempat.

“Program ini juga sebagai satu cara untuk PDRM membudayakan amalan layanan mesra sekaligus dapat meningkatkan perkhidmatan PDRM,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Zaidi berkata, program tersebut berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang sangat positif oleh orang ramai.

“Penduduk Kampung Tanjung Aru yang menghadiri program tersebut rata-rata menzahirkan rasa teruja, puas hati dan rasa dihargai kerana program diadakan di kawasan tersebut. Ucapan Syabas dan terima kasih kepada pihak PDRM atas program yang dijalankan.

“Di samping itu, program ini juga dapat memberi peluang kepada orang awam untuk mengenal lebih rapat pucuk pimpinan PDRM IPD Kota Kinabalu,” tambah beliau.

Hadir sama dalam program itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan Kalsom Idris, Pegawai-Pegawai PDRM KK, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tanjung Aru, Mohd Reduan Datuk Aklee, Pegawai Kemajuan MasyarakatTanjung Aru, Salina Otip, Ketua Anak Negeri, Ketua – Ketua Kampung, Ketua masyarakat Cina, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Jawatankuasa Kemajuan Dalam Bandar (JKDB).

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Laluan masuk jejantas Skybridge ke Centre Point dibuka kepada awam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya