HomeEkonomiSTB perhebat kerjasama dengan Singapore Airlines, tarik lebih ramai pelancong Australia ke...

STB perhebat kerjasama dengan Singapore Airlines, tarik lebih ramai pelancong Australia ke Sabah – Christina

Read Time:1 Minute, 38 Second

SYDNEY: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew mahu Lembaga Pelancongan Sabah (STB) memperhebatkan kerjasama dengan Singapore Airlines untuk membawa masuk lebih ramai pelancong Australia ke Sabah.

Christina berkata demikian kerana Australia dihubungkan dengan baik oleh Singapore Airlines dan Scoot (syarikat penerbangan tambang murah Singapura) ke Kota Kinabalu dari tujuh bandar raya Australia, iaitu Sydney, Melbourne, Brisbane, Adelaide, Perth, Darwin dan Cains.

Scoot menyambung semula perkhidmatan penerbangannya dari Singapura ke Sabah pada April tahun lalu, menjadikannya syarikat penerbangan antarabangsa pertama yang berbuat demikian.

“Kami perlu ada konsistensi dan kekerapan dalam usaha mempromosi untuk mendapatkan hasil yang berkesan, memandangkan tarikan utama Sabah seperti pulau-pulau, percutian pantai di pusat-pusat peranginan, hidupan liar, komuniti tempatan dan budaya uniknya menarik perhatian warga Australia,” kata Christina selepas mesyuarat perniagaan dengan Naib Presiden Singapore Airlines Wilayah Australia (Southwest Pacific), Louis Leonard Arul, di sini, pada Khamis .

Menurutnya, kedua-dua Singapore Airlines dan STB akan mengatur kempen bersama untuk meneroka sepenuhnya perjalanan keluar Australia, terutamanya mereka yang mencari pengalaman perjalanan yang lebih kepada bandar dan percutian pantai.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew (tiga kanan), Pembantu Menteri merangkap Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) Datuk Joniston Bangkuai (tiga kiri), Setiausaha Tetap Kementerian Datuk Sr Mohd Yusrie Abdullah (lima kiri), Ketua Pegawai Eksekutif STB Noredah Othman (dua kanan) di Memorial Sandakan yang terletak di Burwood Park, Sydney pada Sabtu.Foto ihsan KePKAS

Christina bersama rombongan sempat mengadakan lawatan ke Memorial Sandakan yang terletak di Burwood Park, Sydney pada Sabtu.

Tugu peringatan itu ditubuhkan bagi mengenang mereka yang terkorban sebagai Tawanan Perang (POW) semasa Sandakan-Ranau Death March atau dikenali sebagai ‘Kawad Maut’ dalam Perang Dunia Kedua. Ia didedikasikan pada 1 Ogos 1993.

“Tujuan kami melawat tapak tugu peringatan itu adalah untuk memberi penghormatan kepada tentera yang terkorban semasa Sandakan Death March dalam Perang Dunia II. Pada masa yang sama, kami ingin meningkatkan promosi kami Sabah sebagai destinasi percutian pilihan oleh keturunan daripada tentera perang yang terkorban,” kata Christina.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular