HomeUtamaOrang ramai dipelawa meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Khamis ini

Orang ramai dipelawa meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Khamis ini

Read Time:1 Minute, 11 Second

Kota Kinabalu: Orang ramai sekitar Bandaraya Kota Kinabalu dan daerah berhampiran dipelawa untuk hadir memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Sabah pada Khamis ini.

Pembantu Menteri Kewangan II Tan Lee Fat berkata, sambutan itu akan berlangsung di Jalan Tun Fuad Stephens berhadapan dengan Promenade Hotel.

“Persiapan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2023 pada ketika ini berjalan lancar. Setakat ini (semalam) sebanyak 90 peratus persiapan telah dilaksanakan dengan melibatkan dua sesi raptai sejak Ahad.

“Hari ini (semalam) merupakan raptai kali kedua walaupun cuaca hujan namun berjalan dengan lancar dan esok (hari ini ) raptai penuh perbarisan akan dijalankan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media sejurus selepas Sesi Temu Bual Program Kami Bah Ini (KBI) di Studio HD TV RTM Sabah, di sini semalam.

Pembantu Menteri Kewangan II Tan Lee Fat

Beliau yang juga  Timbalan Pengerusi II Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2023  turut menyarankan kepada masyarakat agar terus menyemarakkan semangat patriotik dengan mengibarkan Jalur Gemilang dan menghayati makna Hari Kebangsaan.

“Kita dapat menunjukkan semangat  kebersamaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang di premis-premis perniagaan, rumah ataupun di kereta sebagai menunjukkan  semangat cintakan negara sempena Hari Kebangsaan ini.

“Saya menyeru kepada semua orang ramai datang beramai-ramai memeriahkan lagi  Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos yang akan berlangsung di Jalan Tun Fuad Stephens (berhadapan Promenade Hotel),” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

SMK Lok Yuk & SK Sembulan juara Seni Warisan Juara Limbai...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular