HomeUtamaFelo SMJ 2.0 : Beri peluang peserta belajar pengurusan urus tadbir negeri

Felo SMJ 2.0 : Beri peluang peserta belajar pengurusan urus tadbir negeri

Read Time:1 Minute, 33 Second

Kota Kinabalu : Pelaksanaan Felo Sabah Maju Jaya (SMJ) yang masuk edisi kedua pada tahun ini dilihat mampu memberi pendedahan kepada para peserta terlibat untuk mempelajari pengurusan urus tadbir jabatan mahupun agensi berkaitan.

Peserta Felo SMJ 2.0 yang ditemui baru-baru ini mengakui peluang yang diberikan dapat meluaskan lagi jaringan industri selain menambah nilai tambah dalam diri mereka.

Bagi Mohd Izzat Sofian S Samrah,24, berkata, wawasan yang dilaksanakan menerusi Felo SMJ itu dapat memberi mereka akses terus kepada Kabinet Menteri Sabah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pengurusan urus tadbir negeri.

Anak kelahiran Sandakan itu diletakkan sebagai Pegawai Felo di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah turut mengakui peluang yang besar itu dapat diperluaskan lagi khususnya dalam jaringan industri.

“Program ini juga dapat memberi nilai tambah kepada kami dimana pelan Hala Tuju SMJ juga mahu melahirkan modal insan yang mempunyai kelas minda pertama untuk memimpin negeri pada masa akan datang,” katanya.

Mohd Izzat adalah antara 25 peserta Felo SMJ 2.0 yang diserahkan kepada kementerian-kementerian berkaitan termasuk sembilan buah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Majlis penyerahan itu disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang diwakili Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin.

Bagi seorang lagi peserta, Nur Fatehah Nordi @ Nordie,25, mengakui mahu melibatkan diri dengan lebih aktif dalam tadbir urus organisasi yang menjadi sasaran kepada pencapaian kerjayanya pada ketika ini.

“Saya seorang yang sangat minat dengan penggubalan sesuatu dasar atau pun tatacara negeri, jadi saya melihat Felo SMJ ini merupakan salah satu ruang untuk saya mula terlibat dengan lebih aktif untuk mempelajari tatacara dan tadbir urus negeri secara khususnya.

“Melalui program Felo SMJ ini juga saya berharap dapat memperkembangkan potensi diri dan dalam masa sama boleh beradaptasi serta mempelajari perkara-perkara baharu dalam kementerian yang saya ditugaskan,” katanya.

Nur Fatehah ditempatkan sebagai Pegawai Felo SMJ di Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Sabah. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Projek infrastruktur air dilancar, tingkatkan kualiti dan ketersediaan bekalan air

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular