HomeGaya hidupKonsert Armada Band – Janji Bahagia live di Kota Kinabalu 4 Nov...

Konsert Armada Band – Janji Bahagia live di Kota Kinabalu 4 Nov ini

Read Time:1 Minute, 32 Second

KOTA KINABALU: Personaliti Harris Baba bakal menerbangkan kumpulan band Indonesia, Armada Band ke negeri Sabah bagi mengadakan konsert di sini.

Konsert Armada – Janji Bahagia akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 4 November ini (Sabtu), jam 8 malam.
 
Konsert ini merupakan projek pertama Harris bersama isteri, Nik Naziha Zawawi di bawah syarikat milik mereka, Jeeharris Corporation.

Fokus Jeeharris Corporation ialah menjurus kepada pengurusan acara dan konsert. Syarikat ini telah banyak menjayakan pelbagai acara karnival di Sabah dan konsert ini merupakan konsert pertama anjuran mereka.
 
Menurut Harris Baba, mereka memilih Armada kerana kumpulan ini antara kumpulan Indonesia yang popular dan banyak lagu-lagu mereka dikenali di Sabah.

Armada yang dianggotai oleh vokalis Rizal Adi, drummer Meri Yandi dan guitarist Andika Maihendra akan menyampaikan 18 buah lagu. Antara lagu-lagu yang bakal dinyanyikan termasuklah Bebaskan Diriku, Asal Kau Bahagia, Pergi Pagi Pulang Pagi dan banyak lagi. 
 
Mengenai perancangan lanjut syarikatnya, Harris Baba berkata, mereka akan membawakan lebih ramai lagi artis luar negara untuk mengadakan persembahan di Sabah. Dalam pada itu mereka kini dalam perbincangan untuk membawakan band lain untuk mengadakan persembahan pada Januari 2024.
 
“Kami berharap mendapat sokongan yang menggalakkan daripada peminat-peminat Armada Band di Sabah dan sekali gus dapat memeriahkan lagi aktiviti pelancongan dan menggalakkan lebih banyak persembahan konsert di Sabah.

“Kami juga akan menjadikan konsert ini sebagai satu tarikan untuk penduduk dari Labuan, Sarawak dan Brunei untuk datang menyaksikan bersama persembahan Armada band secara live,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Harris lagi, pihaknya sedang meneliti beberapa nama penyanyi tempatan Sabah untuk dijemput mengadakan persembahan pembukaan pada hari konsert tersebut.
 
Tiket telah mula dijual di www.myticket.asia pada 24 Julai lalu pada harga bermula RM129 sehingga RM799 (seating and meet & greet).
 

Untuk informasi terkini anda juga boleh ke Instagram dan Facebook @jeeharriscorporation. 

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

FSSK UMS jayakan seminar pergerakan kesatuan sekerja di Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular