HomeUtamaKerajaan diminta segera kawal sindiket tukar kampit beras SST tempatan

Kerajaan diminta segera kawal sindiket tukar kampit beras SST tempatan

Read Time:2 Minute, 31 Second

Kuala Lumpur – Kerajaan melalui unit Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) diminta untuk terus tegas di dalam penguatkuasaan dan risikan ekoran laporan pengurangan bekalan beras  SST tempatan.

Kerajaan melalui unit Penguat Kuasa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) iaitu Kawalselia Padi dan Beras (KPB) haruslah melihatkan ketegasan mereka melalui operasi dan tangkapan dan ianya perlu dihebahkan dengan lebih kerap agar rakyat berasa yakin bahawa kerajaan sememanya bertindak untuk mengekang aktiviti terlarang itu

Seorang pengguna yang ditemui di sekitar Sentul, Noor Hafizan Yusof berkata apabila dilaporkan terdapat kekurangan beras super tempatan rakyat akan panik kerana  ianya adalah makanan ruji kita 

Malah saya juga melihat video yang tular mengenai aktiviti menukar kampit beras SST tempatan kepada beras import dan pastinya aktiviti berkenaan bukan lagi isu terpencil kerana bekalan beras berkenaan sehingga boleh menjadi krisis katanya yang ditemui pemberita Sabah Media hari ini.

Dalam pada itu, KPDN hari ini berkata mereka  memberi jaminan akan menggiatkan pemeriksaan di bawah OPS JAMIN bagi membanteras isu penukaran label kampit beras yang dikhuatiri berlaku susulan pelarasan harga baharu bagi beras putih import (BPI) dan memberikan amaran tegas kepada semua pengilang, pemborong dan peruncit agar sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan dikenakan tindakan tegas.

Katanya  Sehingga 2 September 2023, sebanyak 1,053 pemeriksaan di bawah OPS JAMIN telah dilaksanakan di seluruh negara hasil kolaborasi bersepadu KPDN dan KPKM yang melibatkan pemeriksaan di peringkat pengilang, pemborong dan peruncit. 

“ Sejumlah 47 aduan yang diterima melibatkan aduan harga, bekalan dan lain-lain berkaitan beras telah disalurkan kepada KPKM untuk tindakan lanjut” 

“ Mana-mana orang yang melakukan kesalahan boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalselia Padi dan Beras [Akta 522] dan jika disabitkan boleh didenda sehingga RM25,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Lima Ribu) atau dipenjarakan tidak melebihi tempoh dua tahun atau kedua-duanya bagi orang perseorangan manakala bagi syarikat sekiranya sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu) katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Selain itu, tegas KPDN lagi, mereka ingin memberi amaran keras terhadap mana-mana individu/syarikat yang berkaitan agar sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan. 

Tindakan undang-undang akan diambil ke atas mana-mana pihak yang didapati membuat perihal dagangan palsu mengenai kandungan, jenis atau nama di bawah Seksyen 5 Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730] dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM100,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Ribu) atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua- duanya bagi orang perseorangan manakala bagi syarikat sekiranya sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM250,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Lima Puluh Ribu).

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung isu kekurangan bekalan atau kenaikan harga beras, boleh menyalurkan aduan rasmi kepada pihak Kementerian melalui saluran berikut:

Kawalselia Padi dan Beras, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM)

i. Portal Aduan KPB: https://skpb.kpkm.gov.my/adu;

ii. E-mel Rasmi: [email protected]; dan

iii. Hotline Ibu Pejabat KPB Putrajaya: 03-8870 1751/1748/1183.

RELATED ARTICLES
Utama

DBKK laksana pemeriksaan berjadual ke atas pokok dibawah seliaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular