HomeUtamaPengamal media sambut baik Insentif Rebat Rahmah, mahu dilaksanakan secara berkala

Pengamal media sambut baik Insentif Rebat Rahmah, mahu dilaksanakan secara berkala

Read Time:1 Minute, 32 Second

Kota Kinabalu : Pelaksanaan Insentif Rebat Rahmah Pengamal Media yang akan mula dilaksanakan bulan ini turut disambut baik pengamal media di negeri ini.

Insentif itu adalah bertepatan dengan pekerjaan para pengamal media yang amat memerlukan data internet dalam menyalurkan berita dengan lebih cepat dan pantas.

Bagi pengamal media Mirlen Axtius berkata, insentif yang diperkenalkan itu diharap akan dapat diteruskan pada masa akan datang bagi membantu meringankan beban pengamal media.

“Saya melihat insentif ini baik dan jika boleh janganlah dibuat pada bulan pertama sahaja dan mungkin boleh diteruskan pada bulan-bulan seterusnya.

“Sebagai pengamal media, saya amat menyambut baik insentif ini dan berterima kasih kepada Kerajaan atas pelaksanaannya,” katanya.

Turut berkongsi pandangan, Izwan Abdullah berkata, insentif itu adalah satu inisiatif yang baik dalam meringkan perbelanjaan ditanggung pengamal media yang banyak menggunakan data internet dengan kos agak tinggi bagi melaksanakan tugas harian.

“Jika ada insentif seperti rebat bil telefon disediakan kepada pengamal media, kos itu diharap dapat dikurangkan sekali gus dapat membantu pengamal media mengurangkan beban perbelanjaan bulanan yang ditanggung mereka,” katanya.

Dalam pada itu, bagi Mohd Adam Arinin berharap agar insentif yang diperkenalkan Kerajaan itu akan dapat dilaksanakan secara berkala pada masa akan datang dan tidak hanya tertumpu pada satu bulan sahaja.

“Sebagai pengamal media, saya menerima baik inisiatif kerajaan ini untuk meringankan serba sedikit beban kewangan pengamal media yang melaksanakan tugas untuk hebahan berita dan infomasi kepada rakyat Malaysia.

“Namun apa yang difahamkan, rebat untuk pengamal media ini hanya akan dibuat pada bulan September sahaja, besar harapan saya dan juga rakan media yang lain agar rebat ini dapat diteruskan sama ada secara berperingkat atau berkala sesuai dengan situasi bagi meringankan kos sara hidup pengamal media,” katanya.

Inisiatif  itu merupakan hasil usaha Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan syarikat telekomunikasi sebagai perhargaan kepada pengamal media di negara ini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

DBKK laksana pemeriksaan berjadual ke atas pokok dibawah seliaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular